Biarpun saya menyampaikan ceramah anti dadah, atau motivasi belajar, tidak juga terlepas keibubapaan,tema saya tak akan lari dari persoalan hidup dan mati. Saya tahu audien saya terdiri dari pelbagai latar belakang manusia, pelbagai kaum dan agama, mereka semua sememangnya dahagakan air buat menyiram rohani mereka yang tandus. Dalam sebuah kitab yang dikarang oleh seorang ilmuan menjudulkan kitabnya "Haajatul Insanu Lil Dakwah".. Berhajatnya manusia kepada Dakwah. Jelas pada mata saya, apabila bercakap soal TUHAN atau KeTUHANan, anak-anak remaja dari non-Muslim akan terkebil-kebil mendengar penjelasan saya, antara bingung dan seakan tidak percaya, diam-diam mereka berfikir. Pernah satu ketika, ketika saya berceramah dihadapan pelajar pelbagai agama, saya tanyakan seorang-seorang secara rawak. "Apa agama anda" Masing-masing menjawab... Namun ada seorang yang tidak dapat memberika jawapan yang saya fikirkan. Jawabnya saya tiada agama.... Ternyata jawapan ini