Posts

Showing posts with the label Tazkirah Ramadhan

Konotasi Antara Mukmin dan Dzikir

Satu hubungan yang begitu erat sekali, apabila kita membaca ayat-ayat berkaitan dengan sikap orang Mukmin. Antara ayat tersebut ialah, " Fazakkir, fainna zikra tanfaul mukminin " Maka hendaklah engkau memberi peringatan, tazkirah, ceramah, kultum atau apa saja namanya, kerana sesungguhnya peringatan atau tazkirah itu sangat bermanfaat bagi orang mukmin . Orang mukmin dilukiskan sebagai manusia yang akan mendapat manfaat dengan majlis ilmu, so, kita harus pertanyakan, status manusia yang tidak menyukai akan majlis ilmu atau tazkirah. Terang lagi bersuluh, ayat tadi menegaskan, tazkirah itu bermanfaat bagi orang mukmin. Syukurlah, jika dalam jiwa kita ada rasa suka pada majlis ilmu. Dalam ayat yang lain.Tuhan berfirman lagi, " Wa nunazzilu minal Qur'aani waa huwa syifaaun wa rahmatun lil mukminin " Dan Kami turunkan Al-Qur'an itu, mengandungi (syifa') obat, dan rahmat, bagi orang-orang mukmin. Lihat tu, orang mukmin juga yang mendapat manfaatnya.  Sedang

13 Tahun yang lalu

Assalamualaikum, apa khabar semua sahabat, beberapa hari sudah saya ingin menggerakkan jari jemari ini untuk menulis, dan saya akan terus menulis selagi Tuhan membenarkan saya berdakwah lewat media Blog ini. Sebelum Kembara Hidup dilancarkan, Tinta Norish telah bertapak sebelumnya. Perubahan waktu, Tinta Norish terpaksa di rubah, memandang mesej yang dibawanya lebih kepada nuansa dakwah Islami. Ramadan di Aceh Seingat saya, ketika menjalani ibadah puasa di Banda Acheh dahulu (tahun 1999).Habis solat Asar, saya mengayuh basikal dari Kampung Tanjung Selamat ke Mess Malaysia di Jalan Inong Balee.Jaraknya sekitar 6 kilometer atau lebih. Maklum di rumah sewa kami tiada TV sendiri, kami beramai-ramai menonton TV RCTI (di Mess) menjelang waktu berbuka, lebih seronok jika bersama rakan-rakan.waktu itu cukup ramai yang meminati filem drama lakonan Krisdayanti.(Lupa judulnya).Filem itu kemudian dibawa masuk ke Malaysia. Dekat-dekat waktu berbuka,mucul syarahan di TV yang lebih dikenali kult

Berbeza tapi masih sama

Dalam Islam ada undang-undang yang lengkap, meliputi semua aktiviti hidup manusia, berpotensi memberi bantuan yang diperlukan oleh setiap manusia, tanpa mengira batasan tempat dan masa. Likulli zamanin wa mamakaanin .Undang-undang ASAS terkumpul dalam Al-Qur'an ul Karim, yang kita sedia maklum, diturunkan dalam bulan Ramadan secara sekali gus dari Baitul Izzah ke langit dunia, dari situlah ia diturunkan beransur-ansur ke dunia mengikut keadaan semasa kepada Nabi Muhammad SAW.Pembawanya Malaikat Jibrail 'Alaihis Salam. Undang-undang kecil bersifat cabang atau ranting, itu semua di ambil berdasarkan prinsip-prinsip utama yang telah disebutkan secara menyeluruh dalam Kitabullah itu. Hukum menyuntik heroin ke tubuh badan manusia sehingga menjadikan pengguna itu kebingunan, rosak akalnya, pun sudah ada (termasuk) dalam Qur'an, ianya kembali kepada objektif dadah itu iaitu memabukkan. Memanglah zaman Rasulullah, Heroin dan Morfin belum disebut,tetapi sifatnya tetap sama, iaitu m

Istiqomahlah dalam beramal

Image
ASSALAMUALAIKUM, dalam siri Tazkirah saya yang pertama di Desaria pagi Sabtu lalu ada menyebutkan tentang Falsafah Rukun Islam. Alhamdulillah, sempat juga hujung-hujungnya menyentuh soal menayangkan gambar manusia di dinding rumah. Banyakkan Berdoa Kita disuruh supaya banyakkan berdoa, lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan, kerana doa orang yang berpuasa itu (dijanjikan) akan dimakbulkan. Pada gambar yang dipajan itu, menurut Dialog Antara Jin Islam dengan Muhammad Isa Dawud, ada syaitan yang duduk bertenggek disitu. Cuba baca buku tersebut tajuk (Dialog dengan Jin Islam) So,(kalau bukan bulan puasa), syaitan ada disitu lah.Makanya doa kita susah nak makbul.Begitu lah kira-kira.Kerana rumah yang dimasuki syaitan, tidak akan dimasuki Malaikat. Bukan begitu? Sedikit Persoalan. Namun persoalan timbul, jika selain bulan Ramadhan bagaimana? Bukankah syaitan itu kena rantai (katanya). Jadi, bolehlah kita pajankan gambar semula ya, sebab syaitan tak ada disitu?Hmmmm..ada ke gitu pulak.Buka

Bahan Tazkirah

Point-point penting sempena hadirnya Ramadhan, boleh dijadikan bahan Tazkirah semasa. Setiap amal bermula dengan NIAT.Niat lah yang membezakan antara Adat dan Ibadat.Kendatipun adakalanya adat boleh menjadi (amal) ibadat. Mungkin anda perasan, kalau selama ini nak bangun pagi-pagi sebelum subuh punyalah susah, apalagi nak bangun tahajud ye kan. Nah...bila tibanya bulan Ramadhan, boleh pulak kita bangun awal ye kan. Kenapa ye? Inilah kehebatan niat . Sebelum tidur malam, kita sudah berniat/berazam untuk bangun esok pagi sebelum subuh.Kring....loceng berbunyi, kita pun terjaga dengan mudahnya. Dalam bulan ini, jagalah dan berhati-hati di   dalam berbicara , kurangkan bicara dan banyakkan membaca Al-Qur'an atau berzikir. Bukankah orang yang banyak bicara itu tanda kurangnya ilmu dan boleh membuat orang lain berkecil hati, gara-gara kesilapan lidahnya. Tidaklah bermakna dibulan lain boleh ngomong seenaknya. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, tidak boleh di undur. Terl

Panggilan dibulan Ramadhan

Salam sejahtera dengan ucapan yang lebih sempurna Assalamulaikum warahmatullahi wabarokatuh. Kedatangan bulan Ramadhan, ramai sms dikirim ke sana sini, tercatit padanya ucapan, " Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga ianya membawa keberkahan ". Saya tele kan antara ucapan sms ini dengan salam tadi, ada satu perkataan yang sama iaitu MUBARAK, atau Keberkatan. Sejujurnya, saya sendiri belum memahami secara total apa itu yang dimaksudkan dengan keberkatan . Dan mengapa (dari aspek agama)  manusia sangat-sangat memerlukannya. Justeru tidak cukup salam hanya dengan Assalamulaikum, namun jika ingin sempurna tambahlah padanya warahmatullahi wabarokatuh. Anda tahu kenapa kita memerlukan keberkahan atau keberkatan itu? Perhatikan, dalam salam itu, ada selamat, rahmat dan berkat. Saya tinggalkan istilah itu disitu kita gantung sejenak buat bahan pemikiran jika ada masa terluang. Berfikirlah, itu jauh lebih baik dari berkhayal sebenarnya kan.Namun kadang-kadang kita dibawa aru

Ahlan Wa Sahlan Shahrul Mubarak

Image
Syukur puja dan puji kita sampaikan untuk Rabbul Jalil. Atas nikmat dan anugerahnya yang sangat tidak ternilai dengan wang ringgit rupiah dongkat dolar dan sebagainya. Hingga saat ini kita dipertemukan dengan izinkan, akan bulan Ramadhan 1433. Mudah-mudahan segala kesalahan lampau kita dengan Nya akan mendapat pengampunan. Jikalah, seorang manusia yang dihukum penjara selama 26 tahun, sangat seronok sekali sehingga menitis air matanya, gara-gara diberi pengampunan oleh Sultan Johor (semalam) sehingga dia dibebaskan dari hukuman mati kerana mengedar dadah. Betapa seronoknya dia, kerana seorang manusia telah memberi pengampunan sehingga dia boleh kembali ke pangkuan keluarga tercinta.Eloklah masa yang tersisa itu digunakan sepenuhnya untuk keluarga, dan tuhannya.Anggaplah ini kehidupan yang kedua kali setelah tiada harapan untuk keluar dari tirai besi dikamar penjara. Nah, apalagi jika yang memberi ampunan itu ialah Allah SWT. Bukankah lebih tinggi darjatnya dari itu. Bayangkan be