Konotasi Antara Mukmin dan Dzikir
Satu hubungan yang begitu erat sekali, apabila kita membaca ayat-ayat berkaitan dengan sikap orang Mukmin. Antara ayat tersebut ialah, "Fazakkir, fainna zikra tanfaul mukminin" Maka hendaklah engkau memberi peringatan, tazkirah, ceramah, kultum atau apa saja namanya, kerana sesungguhnya peringatan atau tazkirah itu sangat bermanfaat bagi orang mukmin. Orang mukmin dilukiskan sebagai manusia yang akan mendapat manfaat dengan majlis ilmu, so, kita harus pertanyakan, status manusia yang tidak menyukai akan majlis ilmu atau tazkirah. Terang lagi bersuluh, ayat tadi menegaskan, tazkirah itu bermanfaat bagi orang mukmin. Syukurlah, jika dalam jiwa kita ada rasa suka pada majlis ilmu.
Dalam ayat yang lain.Tuhan berfirman lagi, "Wa nunazzilu minal Qur'aani waa huwa syifaaun wa rahmatun lil mukminin"Dan Kami turunkan Al-Qur'an itu, mengandungi (syifa') obat, dan rahmat, bagi orang-orang mukmin. Lihat tu, orang mukmin juga yang mendapat manfaatnya.
Sedangkan, dalam surah Al-Anfal, Tuhan berfirman. Sesungguhnya, orang-orang mukmin itu, apabila disebutkan nama Allah, maka bergementarlah hati mereka. Jelaslah, orang mukmin itu mendapat kedudukan disisi Tuhan. Disini kita temui adanya kaitan atau konotasi, (conotation) antara orang mukmin dengan Dzikir. Betapa kuatnya ketakutan mereka kepada Allah, sehingga apabila saja ada orang berceramah, atau menjelaskan tentang kebesaran dan kehebatan Allah, maka jatuh rasa takut dihatinya, lalu dia mengambil langkah untuk membuat perubahan diri, perubahan hidup ke arah syariat Ilahi yang diredhai. Dia sedar hidup ini tak lama, hanyalah persinggahan cuma.
Anak isteri, suami, harta, kekayaan, kemashuran dirinya akan ditinggalkan di dunia ini, ketika jasadnya di usung ke tanah perkuburan. Subhanallah. Ampuni dosa kami Ya Rabb.Tiada yang bermanfaat lagi, selain dari amal. Ketika itu, jika lah ada peluang untuk hidup dan memperbaiki hubungan dengan Tuhannya, pasti dia tidak akan lepaskan. Namun sayang seribu kali sayang, segalanya telah berakhir.
Ya Tuhanku, berikan kami kesempatan untuk terus membuat perubahan dalam hidup, dari biasa-biasa kepada luar biasa, dari beramal dengan amalan manusia awam, kepada amalan orang-orang yang ingin mendekatkan dirinya kepadaMu.
Maka barangsiapa yang ingin melihat wajah Tuhannya,maka hendaklah dia beramal Soleh, dan janganlah mensyirikkan Tuhannya, dalam beribadah.
Comments