Posts

Showing posts from March 6, 2011

Airport di Landa Tsunami

Image
Video ini nampaknya ketika tsunami sedang menuju ke tanah daratan dan ini pula yang sedang membadai

Ilmu dan Kelebihannya : Ceramah Khas di SRA Bdr Sri Putra

Image
Terima kepada pihak Sekolah Rendah Agama Bandar Sri Putra, juga buat Ustazah Salwani yang telah menjemput saya untuk menyampaikan ceramah semalam.Saya diminta memperkatakan 2 perkara utama, pertama kelebihan ilmu dan kedua motivasi. Ilmu dan Motivasi, bagaikan 2 sisi wang syiling, ianya tidak boleh dipisahkan. Jika kita berilmu, motivasi akan lahir sendiri, motivasi untuk belajar, untuk berjaya, untuk beribadah dan menang dalam serba serbi. Motivasi pun tak lahir jika tanpa ilmu. Orang yang telah memperolehi ilmu, dia akan mewarisi 3 perkara utama, ini sesuai dengan 3 huruf yang bercantum dalam kalimat ilmu itu sendiri. Pertama Ain, kedua Lam dan ketiga Mim. (Ilmu). Ain, ringkas dari kalimat "Ali.. maknyanya tinggi. Orang yang berilmu akan ditinggikan derajatnya. Ini janji Allah. FirmanNya"Allah Taala mengangkat derjat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu beberapa darjat". Kedua , Lam... mewakili Latief. Lemah lembut bertingka

10,000 penduduk berkeliaran di Tokyo

Image
TOKYO - Lebih 10,000 penduduk kelihatan berkeliaran di jalan-jalan raya di Tokyo atau mengambil keputusan tinggal di pejabat atau stesen kereta api akibat gempa bumi terkuat yang melanda Jepun dalam sejarah moden negara itu semalam. Gegaran pada ukuran 8.9 skala Richter itu menggegarkan pantai timur laut Jepun mengakibat berjuta-juta rumah di seluruh Jepun bergelap, rangkaian telekomunikasi ditutup dan sistem kereta api dihentikan serta-merta menyebabkan 10 juta rakyat Jepun terkandas. Seorang pekerja restoran, Akira Tanaka, 54 merupakan antara orang awam yang mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke rumahnya yang terletak di pinggir bandar, Saitama, 20 kilometer ke utara Jepun. Dia mengakui tidak pernah melakukan perkara tersebut (berjalan kaki pulang ke rumah) sebelum ini. "Saya sudah berjalan selama sejam dan 10 minit dan masih memerlukan tiga jam lagi untuk sampai. Gempa bumi seperti ini akan berlaku setiap 100 tahun," katanya. Talian telefon sesak sekali gus meng

Inilah Bebek ku

Image
Seorang pembaca blog saya mengesyorkan supaya saya banyakkan juga mengisi blog ini dengan sejarah saya dulu di Aceh selama 4 tahun. Kami nak tahu keadaan di sana. Ya tak ya jugak ya. Waktu saya belajar di Aceh dulu (1998-2002). Inilah kenderaan kedua saya selepas basikal. Motosikal Honda kuasa 70CC. Orang Aceh panggil motor Bebek. Entah kenapa namanya bebek. bebek tu kan ertinya itik.. Nombor platnya kalau tak salah, BL 5021AP, (AP) mewakili Aceh Besar lokasi kami berdomisili. Saya beli waktu itu dengan harga Satu Juta 200 ribu. (Rp1,200,000). Kira-kira RM400.00. Susah nak pergi kuliah jauh, tengah hari nak beli nasi, malam pun nak keluar ke kedai kopi lagi. Malam Jumaat pula kami berkumpul di Mess untuk bacaan Yasin dan Tahlil. Jadi sukar lah nak bergerak kalau asyik tumpang orang. Kadang-kadang kita boleh jadi lapar seharian. Sebab tak sempat keluar besi nasi. Beberapa kali jugak ianya rosak. Walaupun nampak gitu-gitu, ianya boleh dihidupkan menggunakan starter. Hehe. Waktu nak

Kelebihan ilmu ketimbang harta

Image
Alhamdulillah, hari ini saya akan berada di Sekolah Agama Bandar Sri Putra dalam rangka majlis ilmu. Pihak sekolah agama meminta saya menyampaikan ceramah bertajuk kelebihan ilmu dan motivasi pelajar. Secara umumnya, guru saya di Aceh, menyampaikan pada kami, apabila seseorang emenuntut dan mendapat ilmu, maka dia akan memperolehi 3 perkara. Yang pertama 'Ali.. (Tinggi) Sesuai dengan huruf Ain.. Bukankah tuhan pernah befirman... "Allah Taala mengangkat darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu akan beberapa darjat" Kedua Lam... maksudnya Latif.. Yakni penuntut ilmu akan mewarisi sifat, tingkah laku yang lembut, ini sesuai dengan akhlaknya Nabi. Dan ketiga ialah Mim.. (Mulk), orang yang berilmu akan diberikan kerajaan atau maknanya, akan di "rajakan" oleh manusia, maknanya, dia akan di ikut oleh kebanyakan manusia. 1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Fi

Lawatan ke Pusat Sains Negara

Image

Cara Letak Gambar Dalam Blog

Image
Mungkin anda lebih tahu bagaimana cara untuk meletakkan foto yang ada di laman web, blog,facebook ke dalam blog anda. Ya bagi sesetengah orang klik lakaran gambar image yang ada di atas kotak blog. Saya dapat teknik baru, yang tidak perlu memuat turun gambar itu terlebih dahulu, tetapi hanya klik kanan tepat di atas gambar yang hendak di salin itu. Kemudian klik copy image url seperti gambar dibawah Kemudian setelah anda memilih Copy Image URL, anda pergi ke ruang blog anda dan taip seperti gambar di bawah... Ada "" (2 titik) tersebut, anda letaklah kursos tetikos dan klik kanan, paste atau terus tekan CTRL + V. Lihat hasilnya. Klik Edit Html, klik Compose... ada tak gambar tadi? Mudah je kan... mula-mula copy Image URL dan Paste kat Blog dengan menggunakan key img src" "... Tengok ni satu gambar yang saya paste kat sini, yang di ambil dari facebook. atau Selamat mencuba......

Syabu dan Kesannya pada Pengguna

Image
Antara sebab manusia menyalahguna dadah ialah kerana JAHIL akan bahaya dadah pada tubuh badan, (fizikal), bahkan ruhaninya. Seorang remaja di tahan dan dibawa ke mahkamah kerana mengguna ganja. Ketika majistret menjatuhkan hukuman kepadanya,dia berkata " Puan... saya bukan ambil dadah pun, saya ambil ganja je..." Hmm... anda faham ? Dia tak tahu bahawa GANJA adalah satu jenis dari beberapa Jenis Dadah. Seorang lagi pula berkata.. "Puan...saya bukan hisap pun, saya jek je..." Inilah contoh 2 kes berbeza, yang mana kedua JAHIL tentang dadah. Sumber : AADK

Bahan Pameran AADK di USIM

Image
Sehari saya di USIM, menghadiri program COMBAT, Pengupayaan Komuniti. Program ini dilaksanakan oleh pelajar SPADA 2010. Program COMBAT telah memenangi anugerah sebagai JUARA di Brasel tahun lepas, dibawa oleh Prof.Madya Dr. Abh Halim bin Hussin selaku ketua program SPADA. Peserta yang hadir ialah terdiri dari KRT Rukun Tetangga seluruh jajaran Nilai Negeri Sembilan. Dengan kerjasama AADK dan USIM ini, program ini menerangkan kepada semua pemimpin masyarakat yang hadir, akan bagaimana cara pelaksanaan program pencegahan penyalahgunaan dadah dalam komuniti. Pemimpin di terangkan, apa itu meningkat faktor pelindung dan mengurang faktor risiko. Saya hadir sebagai mewakili KRT Taman Desaria Nilai. Antara yang menarik dalam siri ceramah kali ini, seorang pegawai penjara berkata, dia sangat sedih bila berdepan dengan banduan seusia 9 tahun hingga 78 tahun. Bayangkan banduan muda seusia 9 tahun. Apalah mereka tahu tentang hidup ini, dan dimana ibu bapa mereka? Dalam ramai-ramai banduan, ad