Bahan Pameran AADK di USIM

Sehari saya di USIM, menghadiri program COMBAT, Pengupayaan Komuniti. Program ini dilaksanakan oleh pelajar SPADA 2010. Program COMBAT telah memenangi anugerah sebagai JUARA di Brasel tahun lepas, dibawa oleh Prof.Madya Dr. Abh Halim bin Hussin selaku ketua program SPADA.
Peserta yang hadir ialah terdiri dari KRT Rukun Tetangga seluruh jajaran Nilai Negeri Sembilan. Dengan kerjasama AADK dan USIM ini, program ini menerangkan kepada semua pemimpin masyarakat yang hadir, akan bagaimana cara pelaksanaan program pencegahan penyalahgunaan dadah dalam komuniti.
Pemimpin di terangkan, apa itu meningkat faktor pelindung dan mengurang faktor risiko. Saya hadir sebagai mewakili KRT Taman Desaria Nilai. Antara yang menarik dalam siri ceramah kali ini, seorang pegawai penjara berkata, dia sangat sedih bila berdepan dengan banduan seusia 9 tahun hingga 78 tahun. Bayangkan banduan muda seusia 9 tahun. Apalah mereka tahu tentang hidup ini, dan dimana ibu bapa mereka?
Dalam ramai-ramai banduan, ada seorang banduan HIV, hanya terbaring saja, bila dia tarik nafas, kulit-kulit liang roma tubuhnya terbuka, lantas keluar darah. Tak ada siapa yang nak mendekatinya, tangannya tidak boleh digari kerana akan keluar darah.
Seorang penceramah lagi, dari Mahkamah Seremban, bertugas sebagai Majistret berkata, beliau kadang-kala berdepan dengan hal-hal yang emosi nya tidak dapat lari bersembunyi, hingga terbawa ke alam kehidupannya.
Salah satu kes kendaliannya, ada 5 orang anak-anak ditinggalkan oleh ibu bapa, usia seawal 2 tahun hingga 10 tahun, menangis dalam sebuah rumah yang tidak ada elektrik, air dan makanan. Jeritan anak-anak ini didengari oleh jiran yang mana akhirnya mereka dirujuk oleh jiran ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Ketika pihak JKM membawa ke hadapannya, Majistret ini memanggil ibu bapa untuk menjatuhkan hukum, lantas ditanya, kenapa kamu tinggalkan anak-anak kamu dalam keadaan kelaparan?
Saya pergi berkerja..kami berdua kena bekerja untuk mencari duit... Tak boleh la macam tu, tinggal anak, tanpa pengawasan.
Saya nak coret sebaris hadis sebagai penutup artikel ini, "kaadal faqru an yakuuna kufran" adalah dekat-dekat orang fakir itu menjadi kafir. Wallahu A'lam

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Pengawas Sekolah Pemimpin Cilik Masa Sekarang

Minggu Integriti USIM