Jika batu yang keras bisa sujud pada tuhannya, mengapa pula manusia tidak demikian? Tuhan berfirman "Dan sesungguhnya kami telah menyediakan dalam neraka Jahanam itu ramainya untuk manusia dan jin, yang mana mereka mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahaminya, dan mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihatnya dan mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengarnya. Orang yang sentiasa menjaga solat, akan sentiasalah hatinya teringatkan hari pembalasan. Lantaran itu ia sentiasa mengawal dirinya dari dicampakkan dalam api neraka. Dia sedar solatnya bermula dengan berdiri, tanda tidak selamanya ia muda dan berjaya, kemudian rukuk, dia tahu dia akan melalui zaman tua, zman bongkok, kemudian sujud, dia sedar hidupnya akan berakhir dengan tersungkur ke tanah dan akhirnya salam, tamatnya sebuah kehidupan di pentas dunia ini. Justeru, jiwanya takut, takut benar akan di campakkan ke dalam api yang sangat membakar sehingga ke dada. Ulama mengatakan, jika kamu menjaga solat berjamaah 40 hari...