Menggali Rahsia 5A di rumah

 DALAM perjuangan mencapai cita-cita untuk mendapat 5A sebagaimana yang di idam-idamkan oleh semua murid, terdapat banyak perkara yang menjadi alat sokong bantu kepada kejayaan tadi.
Tanpa alat sokong bantu, sesuatu perjuangan tersebut sukar untuk menemui kejayaan. Untuk menyempurna tulisan seperti tajuk di atas kali ini, guru bimbingan dan kaunseling SK Bangi, En.Noorhisham bin Hamzah, membuat lawatan ke rumah dan mengatakan perbincangan dengan En.Zamri serta Puan Rosita (isteri) yang terletak di Bukit Mahkota.
Lawatan ini adalah sesi lawatan yang ke-4 tahun ini. Tujuan lawatan ini di adakan adalah untuk membongkar sekali lagi rahsia anaknya Umairah mendapat 5A tahun lepas. Rakaman rahsia kejayaan ini pernah di siarkan dalam laman web skbangi.com dan masih ada hingga ke saat ini. bacaUmairah pada mulanya ditempatkan di kelas 6 Jupiter, namun keputusan ujian bulanan menolaknya ke kelas Mercury. Dalam beberapa siri peperiksaan bulanan, dia tidak pernah mendapat 5A. Antara faktor yang sempat saya gali dari keluarga ini ialah : 1. Sokongan dan bantuan Ibu Bapa Ibunya sentiasa membantu anaknya belajar, kelihatan di dalam gambar, semasa lawatan saya ke sana, ibunya sedang mengajar anaknya menjawab soalan yang tidak difahami. Dari aspek lain, ibu dan bapa membantu menyediakan suasana yang kondusif bagi anak-anak belajar. Adik-adik yang kecil akan diarahkan supaya bermain di lokasi lain supaya tidak menggangu kakaknya belajar. Anak kita boleh belajar dimana saja, ruang tamu atau dalam bilik. Tergantung kemahuannya. Ada murid mengatakan, cikgu ibu saya tak bagi belajar dalam bilik, katanya membazir elektrik. Selain itu, kita perlu bantu mereka berkaitan emosi. Sentiasa memberikan galakan dan jangan sesekali men"down"kan perasaan mereka ketika keputusan ujian menyedihkan. Sebaliknya, lihatlah, dan perhatikan apakah masalah yang sedang dia hadapi. 2. Sediakan Buku / Kamus di Ruang Tamu suasa Kadang-kadang mudah, tetapi jarang di ambil berat. En.Zamri menyediakan buku-buku bahan bacan termasuk kamus di sebelah tempat duduk ruang tamu. Katanya ketika anak ingin melihat TV, atau sambil menunggu hidangan makanan siap, anak kita akan mencapai buku itu lalu membelek-beleknya. Jangan letak buku tersusun elok dalam bilik. Kelihatan cantik dan kemas, tetapi berapa kali kah anak kita mencapai buku tersebut? 3. Persediaan Awal Ini penting, persediaan di awal tahun banyak membantu. Ibu dan bapa hendaklah membeli buku-buku dan soalan-soalan UPSR tahun-tahun lepas dan€ minta anak menjawabnya. Belilah dan buatlah latihan sebanyak-banyaknya. 4. Bergantung harap dengan TUHAN Selagi kita masih ada Tuhan, jangan lupa bergantung harap denganNya. Lakukan solat hajat sentiasa dan berdoa setiap hari. Orang yang sentiasa mendekati Tuhannya yang Maha Pengasih, Tuhan akan berikan ketenangan padanya. Dengan itu dia boleh belajar dengan baik dan tekun. Saya ditanya kenapa sekarang ini ramai pelajar yang cemerlang 18A, 20A adalah datangnya dari sekolah aliran agama? Sedangkan bukan sedikit subjek yang mereka bertarung. Nik Nur Madihah memberikan jawapan, kerana sentiasa mendekati Tuhan.
5. Hormati Guru Jangan sesekali menyakiti hati guru, sebab keberkatan ilmu ada ada sikap seorang murid menghormati gurunya. 6. Jaga hubungan dengan Tuhan
Kecemerlangan yang hakiki adalah apabila kita dapat menjalankan tugas kita sebagai hamba terhadapnya. Lihatlah dikalangan orang-orang yang berjaya selama ini. Berapa peratuskan yang berjaya antara yang memutuskan hubungan mereka dengan tuhannya. Memang ya. tetapi bukan kejayaan yang hakiki dan abadi. 7. Beri Penekanan Subjek yang Lemah Murid hendaklah memberikan penekanan pada mata pelajaran yang dia lemah. Ada orang lemah BI dan ada pula lemah Sains. Jadi corak belajar antara satu sama terdepat sedikit perbezaan.
ki
Cikgu Noorhisham sedang berbual dengan keluarga En.Zamri
Saya akan sambung tulisan ini lagi dengan mengadakan lawatan ke rumah yang lain. Terima Kasih En.Zamri sekeluarga kerana menerima lawatan saya kali ini. Semoga apa yang di tulis ini, dapat dicontoh oleh pembaca semua. demi kejayaan anak-anak. Amin
Sambung di bawah

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre