Jikalau anda perhatikan, banyak ayat Al-Qur'an yang menyebut tukminuuna billah akan di iringi dengan wal yaumil aakhir maknanya, beriman kepada Allah dan hari akhirat. Kedua hal ini saling berhubung dan berkait rapat. Jumlah ayat ini tidak dapat penulis catatkan pada sesi kali ini kerana memerlukan semakan ulang. Ada ayat yang secara direct atau jelas menyebut yaumil akhir , dan ada pula yang menyebut dengan kalimat lain. Sebagai contoh, ayat Maaliki Yaumiddin.. Pun membawa makna hari kiamat.Yaumid din di ertikan sebagai hari Agama, hari Hutang dan Hari Pembalasan. Kalimat Din berasal dari huruf Dal, Ya' dan Nun.Huruf ini kemudian menjadi kalimat lain seperti ketiga makna tersebut. Apapun, kiamat itu adalah satu hal yang pasti. Bila sebut kiamat, satu benda yang saling berkait rapat, iaitu kematian. Mungkin anda pernah dengar dan baca nama seorang insan bernama Hasan Al-Basri. Beliau dilahirkan ditempat lain, kemudiannya dibesarkan di Basrah. Beliau berniaga inta...