Kuliah Subuh
Jikalau anda perhatikan, banyak ayat Al-Qur'an yang menyebut tukminuuna billah akan di iringi dengan wal yaumil aakhir maknanya, beriman kepada Allah dan hari akhirat. Kedua hal ini saling berhubung dan berkait rapat. Jumlah ayat ini tidak dapat penulis catatkan pada sesi kali ini kerana memerlukan semakan ulang. Ada ayat yang secara direct atau jelas menyebut yaumil akhir, dan ada pula yang menyebut dengan kalimat lain. Sebagai contoh, ayat Maaliki Yaumiddin.. Pun membawa makna hari kiamat.Yaumid din di ertikan sebagai hari Agama, hari Hutang dan Hari Pembalasan. Kalimat Din berasal dari huruf Dal, Ya' dan Nun.Huruf ini kemudian menjadi kalimat lain seperti ketiga makna tersebut.
Apapun, kiamat itu adalah satu hal yang pasti. Bila sebut kiamat, satu benda yang saling berkait rapat, iaitu kematian. Mungkin anda pernah dengar dan baca nama seorang insan bernama Hasan Al-Basri. Beliau dilahirkan ditempat lain, kemudiannya dibesarkan di Basrah.
Beliau berniaga intan berlian.Akhirnya meninggalkan pekerjaan itu lalu kembali ke jalan kesufian, hidup berabdi kepada Allah semata. Anda tahu apa turning point Hasan Basri kembali menjadi begitu? Menurut kisah-kisah wali, tercatat bahawa beliau sangat terkesan dengan kematian yang menimpa anak raja dizamannya.Sila rujuk buku Tazkiratul Auliya Cetakan Pustaka Aman Press.
Beliau pergi ikut menteri melawat satu kawasan dalam hutan.Rupanya disitu ada kubur anak Raja yang kacak, namun meninggal disitu. Peristiwa yang dilaluinya sangat memberi kesan yang mendalam pada jiwanya.Kesimpulan yang beliau dapat ambil hidup ini tidak sudah dengan apa yang ada, semua manusia akan berdepan kematian, baik cepat atau lambat.
PENAGIH BERTAUBAT
Saya pernah bertemu beberapa orang mantan penagih dadah yang tegar, akhirnya membuat pusingan untuk kembali bertaubat, anda tahu apa rahsia mereka yang terbesar? Ya..saya temui.... faktor umur kata mereka, namun hakikat yang sebenarnya ialah faktor kematian. Kerana usia kita akan habis dalam masa yang sangat singkat. Tiada manusia zaman sekarang yang boleh hidup lebih lama ketimbang manusia zaman dahulu. Paling lama pun ada seorang perempuan berusia 114 tahun, manusia paling panjang usianya, pun sudah meninggal dunia beberapa hari yang lepas.
So, jika anda ingin menjadi baik, syabas...ingatlah pesan Nabi...jikalah seseorang itu tidak berubah sehingga usianya 40 tahun, maka begitulah terus-terusan sikapnya. Semoga kita terpelihara dari hal yang demikian. Ingatlah, harta dan apa sahaja yang anda miliki, akan anda tinggalkan, tiada harga lagi bagi anda ketika meninggal nanti. Hidup anda disini sementara cuma, dalam kubur itu yang lama, akhirat itu yang kekal. Jangan kerana mencari sesen dua untuk anak dan isteri, anda tinggalkan kewajipan solat. Anda pulang kerja lewat malam, dari menghadiri miting atau overtime, itu semua tidak boleh menjadi alasan untuk melewatkan solat Subuh!! Ayuh....Bangun...Buat Perubahan.
Comments