Catatan Hati Nik Nur Madihah

Unsur kesufian jelas berada pada insan bernama NNM. Saya mengajak semua ibu dan bapa yang bercita-cita inginkan anaknya berjaya dari dunia sampai akhirat, dari terbuka mata sampai tertutup buat selamanya, miliki lah buku ini. Bacalah, walaupun dinding rumah anda sudah dipenuhi buku-buku bacaan.
Jadikan buku ini sebahagian dari koleksi peribadi anda. Saya mengutip satu perenggan yang terdapa dalam buku ini, katanya :
"Jika dahulu, beberapa bulan sebelum keputusan SPm di umumkan, aku hanya memasang impian untuk banyak kemahuan. Namun hari ini rezki Allah melimpah-ruah hingga aku menjadi malu denganNya. Apa sahaja yang aku mahukan dulu, datang secara percuma, lap top, telefon bimbit, jubah, pakaian baru, novel2 Islam, wang ringgit, jam dan paling mengharukan hadiah dari kumpulan nasyid Hijjaz yang akan menaja kami sekeluarga mengerjakan ibadah umrah. Masya Allah".
Comments