Apabila Langit Terbelah

Malam ini cuaca sungguh panas. Talian enpon pula menghadapi gangguan. Mau hubungi sesiapa pun tak boleh. Mak sedara dari Kota Gelanggi hubungi saya. Dijawab dia tak dengar. Saya cuba hubungi, line kejap ada kejap hilang. Wah..apa sudah jadi. Cuaca panas, gelap, berhubung tak boleh, esok hari Jumaat.
Hari Jumaat adalah hari akan berlakunya kiamat. Peristiwa yang sangat dahsyat akan berlaku. Dalam surah Al-Infitar Tuhan mengingatkan manusia. "Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila lautan menjadikan meluap, dan apabila kuburan-kuburan dibongkar, aka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya. ai manusia, Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu yang Maha Pemurah. yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu. bukan hanya durhaka saja, bahkan kamu mendustakan hari pembalasan. Padahal Sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu)", Saintis mengakui, bagaimana hebatpun bumi dan langit ini, suatu masa nanti ianya akan runtuh jua.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre