setahu saya ..

salam ..
setahu saya .. dah lama kita tak amal konsep tough n rugged di PUSPEN (Pusat Pemulihan Narkotik) yang dulunya dikenali sebagai Pusat Serenti ..

Mengenai tidur sewaktu solat .. itu lebih kepada sikap penghuni yang tidak mahu berubah ... Program keagamaan dijalankan mengikut agama asal penghuni .. malah diwajibkan untuk para muslims solat & puasa .. malah sistem kutipan zakat pun dibuat bila tiba masanya, oleh pihak Majlis Agama yang berdekatan ..

Penghuni kepenatan dan tidur di surau .. menjerit tak tentu pasal .. kerana kepenatan degan program seharian .. konsep aktiviti padat itu sebenarnya yang kita pupuk agar penghuni berhenti befikir tentang ketagihan mereka .. In fact bila mereka keluar pusat pun, mereka akan diarahkan untuk mencari pekerjaan (dengan pantauan AADK Daerah) .. Oleh itu, mereka akan lupa untuk membicarakan soal dadah atau berkumpul dengan rakan penagih sekiranya terikat dengan jadual kerja yang ketat ..

Aktiviti di pusat memang padat tetapi penuh dengan pengisian yang pelbagai .. dari segi pembelajaran sivik, kawad (kawad melatih seseorang untuk menerima n patuh kepada arahan), agama (bagi pusat yang mengamalkan sesi halaqah seperti di Perlop dulunya setiap Rabu akan ada 7-9 ustaz yang dilantik oleh Pejabat Agama Kuala Kangsar datang buat sesi 3 jam), vokasional (penghuni didedahkan dengan kerja pertukangan, jahit menjahit, pentadbiran, pertanian dll) yang latih penghuni untuk berdiri di kaki sendiri sekiranya tak dapat kerja bila keluar pusat ..

pelbagai cara dah diaplikasi untuk membantu para penagih, kebanyakannya gagal .. in fact kita banyak guna konsep TC terutama kat pusat2 sukarela tapi masih kurang yang berjaya .. puncanya sikap mereka yang tidak mahu berubah ..alah sikap keluarga yang tidak mahu menyokong n membantu .. bila nak buat KSB antara family pun banyak buat alasan busy tak boleh nak datang dll ..

pendapat peribadi saya .. buat kaedah kerjaya lebih mudah .. penghuni pergi kerja pagi .. balik petang .. hari2 .. penat n kat rumah rehat n tidur .. tak sempat nak jumpa kawan2 penagih .. so selamat dari meneruskan tabiat lama ..

ini hanya sekadar pendapat saya .. tidak mewakili jabatan ..

alin0ne78

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre