Posts

Download Cara Belajar Bina Blog

Image
Untuk Download POwer Point, klik pada link dan tunggu hingga keluar tulisan start. Klik kat situ dan buka power point tersebut.

Angkara Siapa?

Image
SK BANGI, Jumaat, 27 Jun 2008. Sesuatu yang bukan misteri, kelas 5 Uranus mengalami kebakaran kecil di belakang kelas. Peristiwa terjadi ketika murid sedang berehat di kantin. Sehari sebelumnya, kain penutup meja guru dari kelas lain juga didapati terbakar. Sehingga kini siasatan diteruskan dan belum ditemui siapa pelakunya.

Terima Anugerah Tuhan dengan Syukur

Image
SELANGOR :sELAMA 4 hari bermula 23 dan berkahir 26 Jun 2008, seramai 120 orang kaunselor dari seluruh Malaysia dikumpulkan dalam rangka kursus pelaporan e-kaunseling kebangsaan. Seramai 9 orang JU (Juru Latih) pula dipilih untuk memimpin kaunselor ini. Saudara Norhisham Omar dari Negeri Sembilan menyampaikan penerangan tentang borang L4 dan L8. semua ini kaunselor akan (terpaksa) buat selewatnya 15 November ini. Selepas ini, semua kaunselor dari setiap daerah akan dikumpul dan diberi penerangan yang sama. Manakala saya turut memberi penerangan berkenaan membina laman blog dan kelebihannya buat kaunselor. Pegawai Kementerian Pelajaran, Bahagian Sekolah dan En.Abdul Rahim Othman turut membina blog peribadi.Mereka bersetuju untuk menjadikan blog satu agenda penting untuk masa akan datang. Dan saya diminta bersedia untuk dipanggil memenuhi undangan rasmi ini kemana saja dalam Malaysia. Syabas.....

Masukan Malam Ini

Image
Salam, tuan-tuan dan puan-puan, malam ini saya berada di Hotel Goldcourse, sedang menyalin bahan taklimat yang disampaikan oleh En. Abdul Rahim, selaku Pegawai Kaunseling Kementerian Pelajaran Malaysia. Ada beberapa perkara yang perlu saya sampaikan kepada warga sekolah, yang pertama blog saya ini boleh di akses dengan alamat http://norish.kaunseling.net/ , andai tuan taip alamat ini, yang akan keluar adalah blog saya juga. Yang kedua, masalah barkod yang tertangguh sekian lama dan tersekat-sekat sehingga menimbulkan banyak pertanyaan dikalangan ibu bapa. Berikut adalah masalah dan kekangan yang kami hadapi. Masalah Dengan Pembekal Pertama Jarak sEKOLAH DENGAN pembekal jAUH YAKNI DI Ampang Lambat Bos sering keluar daerah Kuli tak buat bila boss tak ada Komputer rosak, data hilang Masalah Dengan Pembekal Kedua Kualiti tak ada Tak sanggup Masalah Dengan Pembekal Ketiga Program tak ada Dah Ada Printer rusak Repair Beli baru Gambar ttukar jantina Kuli sering cuti Tindakan Bermesy...

Pesanan Khas Buat Calon UPSR 2008

Image
Daripada : Puan Aminah Mohd Fiah Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bangi Badan sihat otak cergas Kecerdasan otak berpunca daripada badan yang sihat. Untuk mendapatkan badan yang sihat, kita perlu aktif menjadi seorang yang aktif. Pesan cikgu untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSr, kita hendaklah mempastikan keadaan kita sentiasa sihat supaya otak kita dapat menerima pelajaran dengan baik.

Pesan dari Puan Norizah Rahmat

Image
Ramai orang bergelang tangan Saya seorang bergelang kaki Ramai orang berkata jangan Saya seorang ikutkan hati Pesan cikgu, ambil iktyibar daripada pantun di atas bila ramai orang pesan jangan malas, atau jangan degil, mesti rajin, maka janganlah ikutkan hati yang malas dan degil, supaya tidak menyesal di kemudian hari
Image
Daripada : Puan Mazidah Abdul Wahid Untuk menjadi insan yang berjaya mestilah; dimulakan dengan keinginan yang membuak, berteraskan keazaman yang kental, bepaksikan usaha yang jitu dan diakhiri dengan tawakkal yang berterusan.