Posts

Menilai Blog Rakan dari Persepsi Dri Saya

Image
1. Kotak dialog Ini amat penting dalam blog. Tujuannya untuk tetamu ke blog bertanya, membri pandangan, ucapan salam, dan sebagainya. 2. Counter Ini supaya kita tahu berapa ramai jumlah hit ke blog kita. Klau sikit kita anak perbaguskan lagi isinya dan kalau ramai, itulah kemuncak kepuasan jiwa bagi sang blogger. 3. Gambar2 Kalau boleh setiap artikel di tampilkan bersama gambar. Inilah menjadi penarik kepada blog kita. 4. Kolom Kalau dah mahir sikit lagi. Elok bertukar kepada blog 3 kolom. Caranya mudah saja. Ianya seakan website dan banyak message yang boleh kita selitkan lagi. 5. Link List Kawan2 blog akan rasa dihargai sekiranya kita letakkan nama blog mereka salah satu di antara link list blog kita. LAgi pun ini menjadi shortcut utk kita ke blog lain. 6. Sentiasa Update Ambil sedikit masa untuk update blog anda setiap minggu kalau tak dapat setiap hari. Kalau ingin jimat masa, siapkan dulu artikel dan foto. Bila bukak blog, terus saja kita post dan PUBLISH. 7. Sentiasa...

Antivirus Percuma

Image
Anda boleh download antivirus secara percuma sebenarnya di internet. Boleh taip pada ruang search Download Free Antivirus. Tetapi anda tak boleh updatekannya. Kita perlu update sentiasa sebab virus bertambah dari sehari ke sahari. Jadi kalau rasa banyak maklumat penting dalam komputer anda. Baiklah beli CDnya. Sebab dalam CD nya itu ada nombor atau lesen untuk anda update. Sekarang yang baik Karspersky hanya RM50.00 satu PC. Anda boleh jimat dengan membeli untuk 3 PC punya hanya harga RM 70.00 sahaja. Jika masih belum ada duit, anda boleh download antivirus AVG. rasanya ia percuma untuk jangka masa panjang berbanding dengan program lain yang hanya untuk jangka masa pendek saja.

Buletin UBK ke 11

Image
Al-hamdulillah, dalam sedikit kesibukan, hari ini saya sempat menyiapkan buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Bangi bagi kali ke 11. Anda boleh download buletin ini dengan klik di si ni.

Peranan Bapa Sebagai Ketua Keluarga

Image
Oleh : Noorhisham Hamzah,Sos.I Assalamualaikum,para guru,murid dan ibu bapa sekalian,2 hari lepas saya mengikuti rombongan pelajar SPADA, (Special Programme Alkohol and Drug Abuse) ke Pusat Serenti BUkit Chabang. Perlis. Sebelum itu, kami bermalam di Pondok Pesantren Remaja Inabah 1 Malaysia di Kuala Nerang Kedah.Dan seminggu sebelum ini, saya ke Cristian Care Centre, Subang. kadang-kadang jadual saya terpaksa mengikuti operasi malam di Lorong Haji Taib,bersma JAWI, DBKL dan lain sebagainya. Begitulah corak hidup saya selama 9 bulan ini. Apa yang nak saya kongsi adalah hasil temubual saya dengan seorang bekas penagih dadah tegar selaman 8 tahun. Temubual ini saya rasa perlu dikongsi dengan ahli komuniti masyarakat setempat saya berada atas nama tanggungjawab terhadap masyarakat. Kerana hasil temubual ini melibatkan peranan anggota keluarga. Tanpa menyatakan nama sebenar klien, dan dari mana ia berasal,saya bertanya punca ia menagih.Katanya ia lahir sudah pun ketiadaan bapa, sebab...
Image
Oleh : En.Noorhisham Hamzah,S.Sos.I KUALA LUMPUR , Satu rombongan mahasiswa SPADA dari USIM yang diketuai oleh En.ASP Nadzir Othman, bersama 20 orang rakan dan 2 pemandu serta seorang krew, telah melawati 3 negeri di Utara Tanah Air. Negeri yang menjadi destinasi ialah Kedah, Perak dan Perlis. Rancangan awal kami mahu melangkah setapak ke negara Thailand, namun masa terlalu cepat berlalu. Sayang kesempatan ini tidak tercapai.Lokasi pertama kami ialah Inabah, pusat pemulihan akhlak penagih dadah yang mengguna metode dari pesantren Suryalaya, Jawa Barat Indonesia. Baca selanjutnya

Lawatan ke Inabah dan Pusat Serenti

Image
Oleh : Noorhisham Hamzah KUALA LUMPUR , Satu rombongan mahasiswa SPADA dari USIM yang diketuai oleh En.ASP Nadzir Othman, bersama 20 orang rakan dan 2 pemandu serta seorang krew, telah melawati 3 negeri di Utara Tanah Air. Negeri yang menjadi destinasi ialah Kedah, Perak dan Perlis. Rancangan awal kami mahu melangkah setapak ke negara Thailand, namun masa terlalu cepat berlalu. Sayang kesempatan ini tidak tercapai.Lokasi pertama kami ialah Inabah, pusat pemulihan akhlak penagih dadah yang mengguna metode dari pesantren Suryalaya, Jawa Barat Indonesia. Memang seronok perjalanan ini, kami tiba jam 12.00 tengah malam, kami menghamparkan tubuh sejenak, sembari menunggu jam 3.00 pagi. Ya, jam 3 pagi kami dikejutkan, untuk melihat acara terawal di Inabah ini, 100 orang bekas pecandu narkotika mandi taubat 40 gayong air yang dingin mencengkam tulang. Mereka kemudian bergegas ke surau untuk solat tahajud 12 rakaatm solat taubat dan solat hajat. Di samping menunggu rakan2 yang tiba, mereka meng...

Dimana....?

Image
Hari ini saya dan kawan-kawan di Spada akan berangkat ke Pusat Pemulihan Dadah di Kedah menggunakan metode Inabah, semasa di Aceh, saya sudah membaca buku karangan Dr.Su'dan yang mana isi kandungannya menyatakan keberhasilan 96.4% pesakit dadah sembuh sembuh dengan usaha seperti itu yang dilakukan di Suryalaya, Jawa Barat.Bahan ini saya masukkan ke dalam skripsi yang membawa saya memegang ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Penyuluhan Islam, Fakultas Dakwah. Lawatan ini memberi peluang pada saya untuk melihat sejauh mana metode dari Indonesia itu diguna pakai dan sejauh mana keberhasilan serta apakah masalah dan kekangan yang masih menghalang ditengah jalan. Di pagi ini, sempat membuka lembaran blog amal, terpandang wajah Sharlinie yang hilang dan belum dapat dijejaki hingga kini. Di mana dia....?