Posts

Testing For Dinner

Image
Salam. Apa khabar adinda ya. Lama tak jumpa ngan kekawang.. Insyaallah nanti kita jumpa kat Tampin. Macam mana dengan sesi? Moga segalanya beres dan dimudahkan-Nya. Akak ngan kak Mus so far alhamdulillah. Kalu kat pejabat now tak yah panggil, ada-ada je yang nak jumpa. Kekadang tu kami risau sebab tak ada masa nak tulih laporan. Asyik besesi tapi report banyak yang tak settle. Harap dapat siapkan juga nanti. Minggu ni dok sebok ngan maulidur rasul kat taman, akak buat kuiz berkaitan sirah pastu tambah ngan soalan pasai dadah. Ok lah, nanti akak harap sebelum abih spada dapat belajar ngan kamu pasal nak buat blog and nak masuk gambar dalam blog yang dok kosong-kosong tu. P kan Tampin nanti. Kalu sempat balik tu bolehlah akak cuba masukkan bahan program akak dalam laman sendiri....Kalu sempat la. Ok jumpa nanti. Selamat meneruskan perjuangan. Kak Ira .......................... Kawan-kawan tolong sms Alamat, emel dan apa saja yang nak dimasukkan dalam Foto ini, untuk presentation malam di...

KLinik Metadone Terbaik Malaysia

Image
12 Mac 2009. Hari ini saya ke Tampin, dalam siri lawatan ke klinik Kesihatan Tampin, klinik yang dinobatkan sebagai klinik metadone terbaik di Malaysia. 2 jam lebih Dr.Dharma memberi penerangan pada kami dalam bentuk power point. Kami belajar tentang kaedah jarum suntikan , kond** percuma, iklan mengajak penagih mendaftar sebagai pesakit yang akan menerima metadone, kemudian peranan mereka membantu. dan juga Keberkesanan metadone tanpa kaunseling. Masih banyak tanggapan masyarakat yang perlu dijawab dengan baik. Program Harm Reduction, iaitu mengurangkan risiko kepada penagih sebenarnya ada di dalam ISLAM. Berganjak dari risiko yang besar kepada risiko yang kecil. Penagih memang tak mudah untuk berhenti terus dari dadah, sebab dadah menjadi makanan ruji mereka, tanpa dadah, badan mereka akan rasa kesakitan yang amat sangat, mengambil dadah tahap ini, bukan tujuan untuk seronok, tetapi menghilang rasa sakit. Apabila mereka mengambil dadah melalui suntikan, mereka terdedah kepada bahaya ...

Antara Sedar dan Tidak

Sedar atau tidak, di Malaysia yang jumlah penduduknya 26 juta orang, penagih dadah yg telah terdaftar dengan Kementerian terbabit ialah seramai 350,000 orang. Mengikut WHO (World Health Organization) jumlah sebenarnya penagih dadah di sesebuah negara ialah, disebalik 1 tangkapan ada 3.5 lagi yang tidak ditangkap. Maknanya di Malaysia ada seramai 1 juta lebih penagih dadah. Maknanya, dalam setiap 26 juta, ada 1 juta orang penagih, dalam 260,000, ada 26,000 orang penagih, dalam 26000 ada 2600 orang, dalam 260 ada 26 orang dalam dan antara 26 orang ada seorang penagih dadah. Jumlah ini cukup besar, maknanya di sekolah, tiap-tiap kelas ada seorang yang akan menjadi penagih, (dengan izin, jika fenomena ini masih berterusan). Sedar atau tidak? Dalam negeri Selangor, daerah yang paling ramai jumlah penagih ialah HULU LANGAT. Sedar atau tidak. Pernah keluar dalam suratkhabar, menyatakan hampir setiap rumah di daerah Hulu Langat ada seorang penagih dadah, walaupun kenyataan ini dinafikan ...

Klinik Metadone Tampin

Image

Foto Terkini Geng SPADA

Image
Ini Vijaya dan Amutha, mereka berdua ni dah berkurun tak bertemu. Dr. Haslinda, orang panggil doktor lak bila duk Hospital Sungai Buloh Inilah Kak Mus, beliau and Kak Ira praktikal di dalam bukit, campur hutan-2 gitu, bila kita call mesti tak masyuk punya, sebab line tak ada... eh eh ada juga kat Malaysia line tak ada ye. Terkini , Wan Nor Azlina, dari Pusat Serenti Dengkil Ini Gambar adik-adik dari UMT, mereka sedang praktikal 5 bulan di PERSADA. Sebelah kiri Faradilla (Kedai Lalat) dan sebelah kanan saya, Yanti dari Sarawak. Yang tengah tu kenal tak sape. ..hehe

Lawatan ke Klinik Tampin N9

Image

ANGKARA DADAH DURJANA

Image
Dari kajian yang saya pelajari, para penagih dadah akan mengalami perubahan pada dirinya setelah menjadi (dependen) ketergantungan pada ubat-ubatan dan dadah. PERUBAHAN akan berlaku pada sikap dan tingkah laku, kemudian akan membentuk budaya tersendiri dalam dunia penagihan. Dari itu wujudlah Bahasa Dadah, Bangsa Dadah dan Agama Dadah. Dengan itu penagih akan mengenali sesama mereka walau baru ketemu. Saya teringat sebuah kata-kata, lupa, sama ada hadis Nabi atau kalam ulama, Tidak Mengenali Wali (ALLAH) kecuali wali (jua). Penagih sesama penagih mempunyai ikatan aura dalaman sendiri. Dari jelingan mata, pergerakan (motor) yang sedikit lembut dan perlahan, mereka kenal, ya itu kaum ku. Kajian pakar membuktikan, mereka yang terlibat selama 5 tahun dengan heroin akan membentuk sub-culture mereka sendiri. Justeru, bukan mudah membetulkan kembali penagih yang rusak, pemikirannya, sikapnya, keperrcayaannya dan tingkahlakunya. 15 tahun tenggelam dalam dunia dadah, tak bisa di ubah hanya d...