Posts

Terima Kasih Semua.....dari kami SPADA AADK AMPANG

Image
3hb April 2009 merupakan hari terakhir kami menjalankan internship III di AADK Ampang & di Klinik Sahabat Methadone AU2 Keramat. Terima kasih kepada semua Warga AADK Ampang dan Klinik Sahabat Metahone yang begitu banyak membantu kami menyelesaikan tanggungjawab kami sebagai pelajar SPADA sesi 08/09. Begitu banyak pengalaman yang kami pelajari sepanjang tempoh 10 minggu. Kepada geng2 SPADA yang lain, terima kasih atas kerjasama yang diberikan dari kami geng SPADA AADK Ampang...jgn lupa buat presentation yang terbaik selasa nanti OK...

Bapa Penagih Dadah

3 April 2009. KAJANG. Satu operasi melibatkan satu agensi dan satu jabatan di adakan malam tadi. 14 orang ditangkap dalam operasi malam tadi antara JPJ dan AADK Daerah Hulu Langat. Kesemua yang ditangkap berdasarkan pada ujian air kencing posotif dadah. Saya cuba bertanya kepada beberapa orang, jenis apa yang di ambil dan untuk apa. Ada yang mengatakan dia 2 hari lepas demam dan batuk, jadi ambil ubat hospital. Bila kena macam ni, ada dadah pulak dalam air kencing. Mungkin benar dan mungkin sebaliknya. Apapun yang berlaku, ini memberi satu input kepada mereka bahawa dadah itu sebenarnya sedang ditangani secara serius oleh pihak AADK. Ada seorang yang suspek, sudah memiliki 2 orang anak, pernah masuk pusat sekali dan penjara 2 kali. Masih belum dapat meninggalkan tabiat pengambilan dadah ini. Apabila ditanya jenis pengambilan, jawabnya ganja.

Respon Dari Dr.Shaharudin (Johor)

Terima Kasih atas respon sahabat baik saya Dr.Din. Sebelumnya saya tidak tahu nonspan dari kelas Benzo. Maklumat sangat berguna untuk saya, ibu bapa, guru dan semua pembaca. Assalamualaikum ustaz Domikum.aremine 5 dan nospan semuanya ubat dari kelompok benzodiazepin(benzo).benzo merupakan ubat yang dipakai untuk mengatasi masalah pada mereka yang mengalami gangguan cemas,berdebar2 dan tidak boleh tidur.ubat2 ini tidak boleh dipakai dalam waktu yang lama(lebih 5 hari)kerana boleh mendatangkan efek ketergantungan/ketagih. Penagih dadah menggunakan ubat ini untuk lebih lalok @ efek high yang lebih tinggi,sebab itulah sy. methadone tidak boleh digunakan bersama ubat ini. ustaz selain ubat2 ini gam kasut/tayar juga boleh mendatangkan efek high/lalaok.sebabitulah pelajar2melayu seusia 9-12 tahun telah menjadi penagih...penagih gam kasut kerana mudah didapat,harganya murah dan urin tidak boleh kesan. Ustaz bagi contoh anak bagi duit kepada bapa untuk menagih, tapi disini sangat banyak penagih...

Web SKB jem

Sejak malam tadi, berbarengan berita meninggalnya suami Pn.Lelawati, web SKB ramai dikunjungi orang. Ramai jugak yang menitip rasa simpati. Jam 3 .00 pagi saya masih di depan LCD PC, edit dan edit, kebetulan baru balik dari Operasi bersama AADK dan JPJ di sebuah Tol di Kajang. Malam tadi 14 tangkapan dibuat terhadap orang yang positif dadah dalam urin. Saya sengaja ke sana untuk membuat rakaman, apa yang di ambil dan kenapa, sebagai bahan ceramah dadah 2 jam di Ciast Shah Alam Jumaat ini. Saya mengekori dari jam 10.40 sampai ke hantar ke Pejabat AADk Daerah jam 1.30 pagi. Pagi ini, web tersebut, tak dapat di akses, saya menghubungi upline, kemungkinan server tak berapa ok katanya. Termasuk web www.sktangjongkarang.com , namun w ww.kaunselor.com masih boleh jalan. Terima kasih banyak pada semua guru dan AJK PIBG yang menghulur salam takziah pada Pn.Lela, sebentar tadi saya hubungi, beliau selamat tiba di Pasir Puteh jam 4.00 pagi tadi. jenazah sudah selamat dikebumikan di kampung hal...

Padatnya sesi petang

Image
Suasana petang memang begini di kantin, pagi pun sama, sebab jumlah murid sama ramai. Hairannya murid-murid ini, tak ada seorang pun yang nak pergi tekan suis kipas apabila mereka rehat. Maka duduk, makan dan berbuallah mereka di dalam kepanasan. Seorang guru bagi tau pada murid yang tinggi, lain kali kalau sampai kantin, terus buka suis kipas dulu, baru duduk.

Berita Duka

see on www.skbangi.com