Posts

APA YANG KU CARI?

Bangun pagi, terus pergi kerja, pulang ke rumah, istirehat ala kadar, keluar lagi, kalau hari cuti, dapatlah peluang tidur barang sebentar. Siang dan malam berganti, itu-itu juga yang ku kerjakan. Apa sebenarnya yang ku kejar selama ini? Kerja sudah ada, gaji alhamdulillah, cukuplah buat makan, keluarga jugak ku punya, kelebihan tuhan karunia, dapatlah ku bercakap dengan manusia, untuk mengcelikkan mata yang terpejam, mengejut yang bermimpi panjang. Oh, Dunia tak ubah laksana padang bola yang luas, semua manusia sedang beraksi rancak. Ada puluhan pemain yang sudah dikeluarkan. Ganti yang lain, yang masih muda, yang belum sakit. Menyambung permainan. Tiada permainan yang dimainkan secara terus-menerus, hingga bermingu-minggu dan bertahun-tahun lamanya, suatu ketika, pengadil membunyikan wiselnya, menandakan tamatnya sebuah permainan. Dunia ini pun tak lama, suatu ketika nanti, wiselpun akan ditiup, semua manusia akan menghadapi saat kebangkitan. Oh, menang atau kalau adat dalam perma...

Berita Terkini

Image
Hallo

Blog Norish77 Berubah Web

Selamat Datang ke Web www.noorhisham.com , Blog ini sekarang sudahpun berubah menjadi web. Ada bahan untuk pengunjung download. Klik Di sini

PT FOUNDATION

Image
Khamis, 6 Ogos 2009 - Kajian Tinjauan di PT Foundation, Kuala Lumpur PT Foundation (sebelum ini dikenali sebagai Pink Triangle Sdn Bhd) merupakan suatu organisasi yang berteraskan masyarakat dan bukan berteraskan keuntungan. Organisasi ini menjalankan kerja-kerja sukarela dalam Program Pendidikan HIV/AIDS, Program Sokongan, Program Kesedaran Seksual dan program-program berkaitan untuk golongan berisiko HIV/AIDS di Malaysia. Organisasi ini terlibat dengan lima golongan berisiko iaitu pengguna dadah, pekerja seks, transeksual, lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki (MSM), dan mereka yang hidup dengan HIV / AIDS (PLWHA). Organisasi ini komited untuk mewujudkan satu persekitaran supaya golongan berisiko tersebut tidak terpinggir, rasa selamat dan berupaya untuk menjaga diri sendiri. Antara objektif PT Foundation ialah: Untuk membantu meminimumkan kadar jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan golongan berisiko Untuk membantu dalam penjagaan dan sokongan serta meningkatkan kualiti ...

DEMAM ASSIGNMENT & VIRUS H1N1

Image
Wahai sahabatku sekalian!!!!! Kalian sampai demam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Namun demi perjuangan menuntut ilmu, kulihat riak semangat terpancar dari sinara mata. Teruskan semangat ini wahai sahabat....... Wahai sahabatku sekalian!!!! Aku menulis atas dasar kasih sayang. Bukan kerana nama...malah jauh untuk popular. Demi kasih sayang ini, aku mahu kalian sejahtera. Bebas dari jangkitan H1N1. Kerana itu, kutitipkan serangkaian doa untuk kita bersama..........

D.O.S.K.A.H

Saya permudahkan dalam satu kalimat, DOSKAH, apa tu, itulah nama kepada jenis-jenis dadah. Di sekolah-sekolah rendah ada Kelab Pencegahan Jenayah. Salah satu modul yang terdapat di dalamnya ialah dadah. D : Depresen Anda pernah makan ubat batuk ? Kodein yang terdpat didalamnya adalah sejenis dadah. O : Opiat Heroin, Morfin S : Stimulan Ekstasi, Eramin 5, Nonspan K : Kanabis Anda tahu ganja ? Ganja termasuk dalam dadah jenis ini.. Makan ganja, tubh jadi gemuk. Selera makan bertambah. Tidur banyak, mengantuk selalu, menguap dan mata berair. A : Amfetemin Type Stimulan Syabu H : Halusinagen LSD, dadah jenis ini amat merbahaya, pengguna boleh menjadi gila.

di salin dari...

Image
Salam kepader sumer pembaca. Maaf sangat sebab biler korang bukak jer blog nie mesti x der topik baru. Maklumlah dah bermulanya semester akhir dan hari-hari aku penuh bermula dari subuh sampai ke tengah malam. Aku cuber menghayati dan enjoy setiap perkara. Jadik blog aku terpaksa tinggalkan buat sementara waktu. Kali nie aku nak share ngan korang pasal tips2 utk mengelak wabak yg kian menular kat negara kita aper lagi kalau bukan H1N1. Tak sampai 24jam, uitm aku telah mengumumkan cuti mid-term serta merta. Aku pun tak pasti kenapa. Tapi yg pasti mesti ada kaitan dengan penutupan uitm cawangan lain. Cuti yang serta merta membuatkan aku pening kepala utk merombak balik jadual yg telah aku cipta sehingga ke akhir semester nie. Ketepikan hal nie. Tips nie aku copy n paste dari website Center For Disease Control And Prevention. Klik utk menjengah. Website nie dari USA. Aku tak pasti leh guner kat Malaysia ker tak. Tapi amik jer ar. Sebab penerangan lebih jelas dan agak menarik. Aku harap s...