Posts
CATATAN LAWATAN KE MUZIUM PERANG
- Get link
- X
- Other Apps
Saya berada di negara sendiri, membawa anak-anak murid ke Pulau Pinang, juga masih dalam negara sendiri, tiba di Muzium Perang, ada sesuatu yang pelik bin aneh, bilamana sang tukang bercerita tentang sejarah dan latar belakang muzium perang di sini adalah, orang bukan dari negara saya sendiri. Abang-abang ini datang dari Jawa, cukup jelas pertuturannya, kejawaanya masih tebal. Yang menjadi tanda tanya semua pelawat dalam diam.. kok yang bercerita tentang sejarah negeri ku adalah bukan orang negeriku...
Lawatan ke Pulau Pinang
- Get link
- X
- Other Apps
Al-Hamdulillah, rombongan sambil belajar ke Pulau Pinang berjaya dan selamat tiba di destinasi. Sayangnya, hari pertama kami tiba, ketika ingin memasuki Pulau Pinang melalui jambatan, jambatan itu ditutup kepada semua lalu-lintas, kerana memberi laluan kepada walkaton. Pada jam 10.00 pagi barulah kami dibenarkan masuk.
WAJAH-WAJAH PADA HARI ITU BERGEMBIRA
- Get link
- X
- Other Apps
Sudah pasti,air mata akan berkucuran dari genangan kelopak mata, lantaran kegembiraan dan kegirangan sang anak mendapat hasil dari jerih payah usahanya selama ini. Habis sudah kepenatan, tekanan, serabut dan pening yang sering berdatangan saban waktu. Kini anak-anak mampu tersenyum kegembiraan. Berhari-hari kegembiraan menggebu dihati, dibawa ke mana sahaja, sampai ke katil dan bilik air. Tangisan Gembira
MAN JADDA WAJADA
- Get link
- X
- Other Apps
" Barangsiap Berusaha, Dia Pasti Dapat. " Yes....Siapa yang Berusaha, dia pasti dapat, itu janji Tuhan....dan yang tidak dapat seperti orang lain (yang cemerlang), dia juga pernah berusaha untuk mendapat yang ia dapat hari ini. Makanya, anak murid yang mendapat markah kurang bagus, dia tidak bersedih, malah tidak setitis air mata pun mengalir dari kelopak matanya...dia terima hasil usahanya selama ini dengan redha. Semoga Allah memasukan mereka ke dalam golongan Radhiallahu Anhum..Wa Radhu Anhu...Dzaa lika liman khasyi ya Rabbah
Terima Kasih Warga Kaunselor
- Get link
- X
- Other Apps
" Foto ;En.Khairuddin, Pegawai Hal Ehwal Murid JPN Selangor melihat hasil rumusan terakhir L8 sebelum dihantar ke Kementerian " L8 Negeri Selangor hari ini berjaya di satukan, walaupun memakan sedikit masa untuk mencari masalah. Sistem rumusan adakalanya tidak dapat memberikan jawapan terhadap nilai-nilai yang diberikan. Kami mencari apa sebabnya. Rupanya ada sahabat kita yang telah mengusik sistem L4 menyebabkan ianya berganjak sedikit. Perlu dimaklumi, walaupun hanya setapak, ia tetap merosakkan semua sistem. Dalam Negeri terdapat 11 buah sekolah yang gagal menghantar Laporan L4 ini. Namun Daerah Hulu Langat berjaya di selesaikan walaupun hingga ke saat akhir. Untuk tempoh akan datang, kemungkinan pihak Jabatan akan meminta laporan ini dalam masa enam bulan sekali.