Posts

Ciri2 Pelajar Cemerlang

Ciri-ciri pelajar tersebut antara lain adalah seperti berikut: 1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. 2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat. 3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru. 4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. 5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). 6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi. 7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah da...

Pertemuan 2 Blogger

Image
Saudara Amin, berada di rumah Norish77, Nilai 3. Anda mungkin pernah ke blog Aspirasidiri.blogspot.com. Empunya tuan punya blog hari ini sempat singgah di rumah saya dalam rangka pulang ke rumahnya di Kluang. Yang belum pernah ke sana, jom ke http://aspirasidiri.blogspot.com. Klik

Kisah 2 Orang Bodoh

Seorang bodoh, suatu ketika dia berjaya mencuri, kerana takut orang tahu, dia jadi bingung, mahu di simpan dimana wang itu. Jika letak dirumah nanti orang tahu, kalau tanam bagaimana? Ya, dia mengambil keputusan untuk menanam wang itu. Takut orang tahu di situ ada wang, dia menulis di atas sekeping papan. Tertulis di papan itu, di sini tidak ada wang. Lalu dipacaknya papan tanda tadi di atas tanah tempat dia menyimpan wang. Lewat seorang lagi orang yang bodoh bernama Kassim. Kenapa di sini ditulis seperti ini. Aneh sekali. Mungkin ada wang, lalu digalinya. Wah, dia jumpa wang betul. Takut orang tahu dia mencuri. Lalu dia pun tulis, Bukan Kassim yang Curi.

Tips Menghadapi Peperiksaan

Image
Bismillahirrahmanirrahim… Assalamulaikum wbt kepada semua pelawat Kalam Abu Musaddad, di sini terdapat beberapa tip untuk cemerlang dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi. Bagi pelajar peringkat menengah yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM juga boleh menggunakan tip ini sebagai panduan pembelajaran dan persediaan anda. >Sepertimana kita maklumi, kira-kira 3 minggu lagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan di adakan. ana percaya disaat ini pelajar-pelajar bertukus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Mungkin musim cuti ini ada sekolah membuat kelas tambahan, gerak gempur, bengkel dan sebagainya. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar menghadiri tusyen sebagai persediaan dan persiapan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Apapun gunakan masa cuti ini sebaik mungki...

HARI TERAKHIR FINAL EXAM PENGGAL 2 SPADA 2009/2010

Image
Pada 14 Januari 2010 (Khamis), Peperiksaan Akhir Penggal Kedua SPADA berakhir pada hari ini. Walaubagaimanapun perjuangan para pelajar SPADA belum berakhir. Hari ini diadakan Ceramah Pengendalian Penyelidikan Kualitatif dan akan disambung pada hari kesokannya dengan Taklimat Internship III. Mulai 19 Januari 2010, para pelajar akan mula menjalani Program Internship III selama 10 minggu. Makan tengahari pada hari terakhir peperiksaan di taja oleh Pengurusan SPADA, USIM. Wong dan Maznita sempat posing masa makan. Zunita bersopan ketika mengunyah makanan Nak tambah lauk ke...tambahlah, jangan malu-malu..... Handphone baru tuh......

Kenapa mereka BERJAYA?

Cikgu dah siarkan beberapa tips-tips dari ibubapa cemerlang, bagaimana mereka mengurus anak-anak sehingga anak-anak mereka berjaya mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR 2009 di SK Bangi.Apa yang menggembirakan cikgu, adalah laman blog tertentu di Malaysia yang menyalin tulisan ini untuk disiarkan kepada ibu bapa di sekolah mereka. Sudah tentu, ilmu ini amat berguna untuk Ibubapa di seluruh Malaysia. Kali ini, cikgu berjaya menghubungi En.Rosli, bapa kepada Safanah yang telah berjaya mencapai impiannya untuk bergelar pelajar cemerlang. Sebenarnya Safanah tidak menghadiri tuisyen di luar pun, dia hanya menghadiri kelas tambahan yang dibuat disekolah sahaja. Walaubagaimanapun, untuk mencapai gelaran pelajar cemerlang, dia sentiasa memberikan tumpuan yang penuh semasa guru mengajar. Tidak pernah bermain dan berbual ketika guru menerangkan sesuatu. Sementara itu,Bapa kepada Izzat, mengatakan beliau tidak mengguna sistem paksaan terhadap anak-anaknya dalam pembelajaran. Siap Segera Anehnya, ser...

Salam Perkenalan

Image
Salam perkenalan buat warga Desaria, Nilai... Klik Foto Untuk berita