Posts

Datang dan Pergi

Image
KUALA LUMPUR - "Sedikit terkilan tapi saya akur titah Sultan". Demikian kata wanita Asia pertama menakluki Kutub Utara dan Kutub Selatan, Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (gambar) berikutan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Johor. Pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara itu berkata, dia berhak untuk berasa sedih berhubung penarikan itu dan menyifatkannya sebagai takdir. "Mungkin itu sudah ketentuan Allah yang telah menetapkan rezeki saya hanya sampai di sini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Tanpa mahu mengulas panjang, Sharifah Mazlina berkata, penarikan balik anugerah itu tidak diketahui sebabnya dan hanya diberitahu agar memulangkan semula anugerah itu melalui surat yang dikeluarkan Jumaah Majlis Diraja Johor. Semalam Kosmo! melaporkan Sharifah Mazlina merupakan antara tiga lagi individu yang ditarik balik darjah kebesaran oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Isma...

Keindahan Lukisan Tuhan

Image
Lokasi, Danau Laut Tawar Takengon, Aceh Tengah, Indonesia Sambungan

Kejayaan Datang Dengan Usaha

Image
Kejayaan akan digapai dalam hidup ini dengan usaha yang gigih. Anda, murid biasa, sekolah pun sekolah biasa, guru juga guru biasa, dan mak ayah orang biasa, tetapi anda boleh berjaya dengan usaha yang luar biasa. Kata-kata ini sering di ucapkan oleh Pakar Motivasi terkenal tanah air, Dr.Shukri. Penulis ingin mengetengahkan seorang remaja yang mula mengukir nama. Fardiyah Amir Ali, tinggal di Jalan Enam Kaki, Beranang, mendapat keputusan 8A baru-baru ini dalam PMR. Hanya dia dan seorang kawannya yang berjaya mengharumkan nama SMK Khir Johari. Menurut ibunya, dia sering membaca buku, hampir-hampir tidak keluar bilik. Satu rahsia yang ada pada Fardiyah ialah sentiasa menghormati ibu bapa, guru-guru dan siapa sahaja, selain menjaga solat 5 waktu. Selain itu, beliau tidak putus berdoa untuk menggapai kejayaan di selangi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Beliau yang minat melukis bercita-cita menjadi seorang pelukis terkenal tanah air. Catatan ini ingin membuka mata pembaca, bahawa...

Pengedar ditahan jual ‘kuih ganja’

KUALA LUMPUR: Seorang pengedar dadah berselindung di sebalik menjual kuih secara kecil-kecilan bagi menjalankan kegiatannya mengedar ganja di Datuk Keramat, dekat sini. Ini terbukti apabila suspek ditahan bersama lima ketulan mampat ganja yang dibungkus dengan surat khabar di sebalik kuih-muihnya di tempat letak kereta Sistem Aliran Transit (LRT) Datuk Keramat, Isnin lalu. Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, suspek yang berusia 31 tahun menunggang motosikal sebelum berhenti di kawasan terbabit bagi menunggu pelanggannya datang mengambil bekalan dadah terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata ketika diperiksa, suspek enggan bekerjasama dan tidak membenarkan polis memeriksa dengan memegang erat kuih dibawanya. Bagaimanapun, polis menemui lima ketulan mampat ganja seberat 4.7 kilogram yang dianggarkan bernilai kira-kira RM12,000 selepas menggeledah bekas kuih dibawa suspek. “Selepas s...

Jumlah Perokok Perempuan Meningkat

Image
KUALA LUMPUR: Peratusan perokok remaja perempuan yang kini melebihi perokok remaja lelaki adalah sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi ada remaja perempuan yang mula merokok sebelum umur 10 tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Beliau memetik kajian Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada tahun 2003 yang mendapati peratusan remaja perempuan merokok adalah sekali ganda iaitu 28.8 peratus berbanding lelaki sebanyak 14.1 peratus. "Trend ini adalah sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan yang serius perokok wanita, dari peringkat umur yang masih muda lagi. Tak silap mesej yang penulis terima, budaya merokok dikalangan perempuan dibawa sampai ke Egypt. Memalukan bagi penulis, pelajar perempuan Melayu, belajar Kedoktoran di bumi Ambiya, merokok . Pakaian? Ah...rasanya kurang sesuai kalau merokok tetapi masih ada tudung@jilbab. Anda tanyalah saudara anda yang sedang belajar di sana tahun ini. Mungkin mereka memberikan jawa...

Web SK Bangi Kembali Pulih Total

Image
Assalamualaikum kepada semua ibu bapa, guru-guru dan murid Sekolah Kebangsaan Bangi.Kajang, Selangor. Penulis merasa syukur, web sekolah sekian lama diserang virus trojan yang hampir-hampir membawa maut, akhirnya dapat dipulihkan kembali. Tepatnya pagi ini, ianya kembali normal. Namun sayangnya semua berita lama yang telah penulis post terdahulu lenyap. Kepada semua guru-guru, murid dan ibu bapa, untuk menjadi ahli laman web sekolah, anda perlu mendaftar semula. Pihak pengurus memohon maaf kerana anda terpaksa mendaftar sekali lagi yang mungkin merumitkan bagi anda. Bagi yang mahu mendaftar, sila klik di sini. Terima Kasih atas kerjasama anda semua

Surat Dari Ibu

Image
Rakan saya sering memberikan ceramah keibubapaan di seluruh Malaysia, dalam sesi ceramahnya, beliau meminta ibu bapa menulis keluhan hati mereka terhadap anak-anak selama ini. Saya dapatkan surat ini, tanpa nama ibu bapa dan anak, untuk tatapan ibu bapa di sini, untuk di tunjukkan pada anak-anak. Mungkin tidak pernah menulis seperti ini, tetapi tuan merasakan hal yang sama. Bacalah lagi dalam facebook saya. Sambungan