Posts

Malas Buat Kerja Sekolah

Image
Ditemukan terdapat segelintir pelajar yang tidak membuat kerja sekolah. Apabila disoal selidik, jawapan mendapati mereka tidak tahu untuk menjawab. Punca hal ini berlaku adalah kerana tidak memberi perhatian ketika guru menerangkan didalam kelas dan tidak ada persediaan awal. Sebenarnya pelajar boleh meniru kawan yang sudah pun siap, untuk membantunya menyiapkan kerja sekolah. Kemudian bertanya kepada ibu bapa dan kawan-kawan yang berminat dengan mata pelajaran tersebut. Sikap ini tidak baik, boleh membawa mudarat yang lebih besar. Guru tentunya akan merasa sangat geram apabila murid yang sama tidak membuat kerja sekolah, apalagi dengan alasan yang sama. Pelajar seperti ini boleh membuat mood guru bertukar menjadi tidak baik. Sedangkan guru datang ke sekolah dengan niat dan semangat yang membara untuk mendidik anak bangsa. Lebih-lebih lagi, dikhuatiri sikap tersebut akan berjangkit@menular dikalangan sesama rakan sekelas. Jadi, jika kamu inginkan kejayaan dalam hidup ini, berusahala...

Adakalanya hidup perlu berpura-pura

Image
Seorang ibu, anak dan seorang bapa masuk ke sebuah pasar raya, dengan niat membeli gula dan juga barang keperluan lain, dek kerana bekalan gula sedang susut, pihak pasaraya menulis satu catatan " Satu Keluarga Hanya Sebungkus Gula ". Untuk mengelak datang 2 kali, sang ibu menyuruh anaknya membayar di kaunter yang sama, manakala sang ibu membayar di belakangnya, sedang sang ayah, membayar dikaunter sebelah. Ketika sesi pembayaran serentak, mereka semua berpura-pura saling tidak mengenal, jeling pun tidak, apatah lagi menoleh dan melempar senyum. Itulah dunia... Kadang-kadang perlu berpura-pura.

Berlumba-lumba mau ke mana

Image
Akhir-akhir ini,macam-macam peristiwa yang tak diduga berlaku. Manusia hari ini,iri melihat orang lain senang, ada pasangan, ada pak we, mak we dan sebagainya. Justeru, timbul rasa ingin memiliki seperti rakannya yang lain. Tak kisah, kalau perlu berbonceng dengan lelaki yang bukan muhrim(boleh kahwin dari segi hukum syara'), atau sampai tahap berzina, yang penting baginya dapat tunjukkan pada orang lain, yang dia juga "ada harga". dan berharga. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda. "Kullukum Yadkhulul Jannah, Illa man Aba', wa man ya'ba ya Rasulullah, Qoola Man 'Atho 'Ani Fakod Dakholal Jannah, Wa man a'soo ni..fakod, aba ' Semua kamu (sebenarnya) akan masuk syurga.Kecuali orang-orang yang enggan. Para Sahabat bertanya, siapa yang enggan (masuk syurga itu) wahai Rasulullah? Sahabat semacam kebingunan, rupanya ada juga manusia yang tak hendak masuk syurga. Jawab Nabi, Barangsiapa yang patuh kepadaku, maka dia akan masuk syurga, dan barangsiap...

Lesen Beli Gula

Image
Sesiapa nak beli gula, kena ada lesen macam ni, hehe.... bukan sekilo dua, tetapi yang lebih dari itu lah. Saya dapat dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri

Yang Cikgu Geram

Image
Adakalanya dia pandai, tapi buat-buat tak pandai, adakalanya dia tak pandai, tetapi berusaha untuk menjadi pandai. Yang cikgu geram, apabila soalan peperiksaan tidak dijawab, tetapi ini yang ditulis. Sambungan

AADK Tidak Menangkap Penagih

Image
PETALING JAYA: “Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berperanan membantu memulihkan penagih bukan menangkap penagih selain membantu memberi nasihat kepada mereka,” kata Penolong Pengarah AADK Negeri Selangor, Zulkarnain Mohamad. Katanya, orang ramai perlu faham tugas AADK memulihkan kembali semangat dan kehidupan bekas penagih. “Banyak kes yang berlaku penagih tidak menyedari apa mereka ambil adalah dadah, contohnya ketamin, kebanyakan penagih baru sedar selepas diberitahu ‘barang’ yang mereka ambil adalah dadah,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan program ‘Kick Drugs Out’ sempena Hari Antidadah Antarabangsa di sini, semalam. “Dengan adanya sambutan seperti ini, kami harap akan banyak lagi pendedahan diberikan kepada masyarakat mengena bahaya dadah selain maklumat terperinci mengenai gejalanya,” katanya. Menurutnya, Hari Antidadah Antarabangsa turut menyediakan pelbagai program bagi memberi pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai betapa bahayanya pengar...

Terima Kasih Memuat Kisah Anak Saya

TERIMA kasih Syiekh kerana memautkan cerita anak saya , tulisan pagi ini membuat saya terkejut, kisah anak yang mana, penungjung blog saya meninggalkan alamat blog beliau link , setelah dibaca dan di amati, ternyata anak beliau ialah Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi Lahir : 23 Syaaban1409 (30 Mac 1989), dan telah meninggal dunia pada 21 Jamadiawwal 1431 (4 Mei 2010) kerana lemas. Dapat saya selami, sungguh sukar bagi sesetengah manusia dibumi ini untuk mendapatkan anak, sanggup mereka berkorban hingga puluhan ibu ringgit. Bahkan ada yang sanggup menahan sakit selepas melahirkan anak, asal dapat anak. Kini anak yang ditantang, yang dibelai, setelah puluhan ribu wang bapanya habis untuk membesarkannya, dia pergi buat selamanya... betapa pilunya sang ayah dan ibu, bagaikan Rasulullah menangis di atas pemergian anak lelakinya Ibrahim. Tahniah tuan, di atas berjaya mendidik anak dengan adab, doa dan akhlak ruh Islami, tahniah jua kerana dia sudahpun dihantar ke syurga (mudah-mu...