Posts

Bapa Fazilah SKB Meninggal Dunia

Bapa kepada Kerani Kewangan Sekolah Kebangsaan Bangi (Pn.Fazilah Mohamad Awang) telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.55 malam tadi d Hospital Jerantut. Semoga ruhnya mendapat rahmat dan kasih sayang Allah Taala.Kepada keluarga yang ditipa musibah, semoga Allah Taala memberikan kesabaran untuk terus meneruskan hidup. Amin Dalam pada itu, pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak KUIS dan pelajarnya seramai 30 orang yang telah datang ke sekolah pada hari ini dalam rangka kerja amal. Mereka bergotong-royong menyiapkan tulisan sifir di tangga-tangga sekolah. Gambar akan di muat naik dalam facebook tidak lama lagi. http://facebook.com/skbangijer.

Falsafah Puasa : Muslim menjadi Mukmin

Image
Siri 2 : Edited " Wahai orang-orang yang beriman , telah ditulis ke atas kamu (kewajiban) berpuasa, sebagaimana orang-orang (umat) sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu, kamu menjadi manusia yang bertaqwa " Al-Baqarah - 183 Dalam ayat di atas ada satu kalimat iaitu "telah ditulis" , perkataan ini membawa makna wajib, sebagai contoh, semasa kita parking kereta salah tempat, tiba-tiba datang polis dan menulis surat saman,tak lama kemudian kita tiba, pada waktu itu polis tersebut sedang meletakkan surat itu pada cermin kereta kita, "encik, encik, ini kereta saya encik....maaf cik"...hmmmm kata dia, dah tulis. Maknanya tiada guna lagi minta maaf (saat itu). Permintaan maaf dari kita tidak lagi boleh menghapus tulisan dikertas saman, kenapa? Kerana telah ditulis. Dalam Agama ISLAM yang mulia ini, Allah Taala mewajibkan kita berpuasa, puasa maknanya " menahan " . secara falsafahnya, kita adalah hamba abdi, banyak keinginan-keinginan kita y...

Mungkin ini yang TerakhiR

Image
Hari ini, 5 orang mahasiswa KUIS datang menemuramah, 2 orang lelaki tidak muncul-muncul sehingga loceng balik dibunyikan. Harapnya tak lagi yang akan datang lepas ni, kalau nak maklumat jugak, sila emelkan ke afraima@yahoo.com. Salah seorang berkata, "Cikgu jangan lupa masukkan gambar kita orang kat dalam tu (web) tau". OK lah... Dah masuk ni. Jangan lupa alamat ni, entah ada ke tidak apa yang kalian cari, tetapi selama ini, saya telah menulis lebih 1000 artikel. Semoga ada yang bermanfaat. Sample Image Nikon D3000....Bilakah menjadi kenyataan

Pengawas Hari Ini, Pemimpin Esok Hari

Image
Hari Ini Pengawas, Besok Pemimpin Negara.Seramai 100 orang murid Sekolah Kebangsaan Cheras Indah mengikuti program Kepimpinan. En.Noorhisham selaku penceramah jemputan memberikan 2 jam syarahan bagi memantapkan lagi fungsi pengawas di sekolah. Adakalanya murid yang dipilih menjadi pengawas, tidak tahu untuk melaksanakan kerjanya sebagai pengawas. Dengan adanya program kepimpinan ini, murid mendapat pencerahan, kepada siapa sebenarnya mereka perlu bertanya jika menghadapi saat-saat keliru seperti tadi. Menjadi Pengawas sebenarnya banyak kelebihan, selain dari dapat mendisiplinkan diri sendiri dengan pakaian, menjaga masa, pengawas juga adalah contoh atau model kepada murid lain. Amat sayang sekali, jika pengawas sendiri yang bercakap mencarut atau berpakaian tidak sopan. So, pengawas perlu belajar dari kesilapan untuk menjadi pemimpin yang baik. Setiap kamu kata Nabi adalah pemimpin. Dalam doa orang ISLAM, Tuhan mengajarkan satu kalimat doa yang mesti kita baca....antaranya ...

SK Cheras Indah

Cabaran dalam Berblog

Image
Ketika saya ditanya apakah cabaran dalam melayani blog? Yang pertama blogger dan internet tidak boleh berpisah lama, paling lama 2 hari, blogger akan merasakan resah dan gelisah jika tidak dapat menjenguk laman blog mereka. Yang kedua membahagi masa antara keluarga dan Blog. Anak perlu belajar Al-Quran, anak perlu bimbingan belajar dan rumah perlu diselenggara, kadang-kadang tak terbuat pada saat yang memang patut kita buat kerana asyik menekan-nekan butang punat keyboard, idea datang kadang-kadang tiba-tiba, boleh hilang pulak tu, kalau tidak ditulis atau taip terus. Yang ketiga, adalah bagaimana mengekalkan kehadiran pengunjung untuk terus bertandang dimasa-masa akan datang. Bagi saya, jumlah pengunjung 150 hits perhari sudah amat banyak, kerana blog akademik tidak boleh disamakan dengan blog politik.

Malaikat Zabaniah

“Kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniah.” (Al-’Alaq:18) Iaitu,malaikat yang menyeksa orang-orang berdosa di dalam neraka. Berkata Manshur bin Amar,telah sampai Kepadaku,bahawa malaikat neraka mempunyai beberapa tangan dan beberapa kaki menurut jumlah bilangan ahli neraka.Setiap tangan dan kaki berdiri dan duduk,membelenggu dan merantai orang yang dikehendaki. Jika malaikat Malik melihat neraka,maka sebahagian neraka memakan kepada sebahagiannya kerana takutnya pada Malik. Perlu diketahui bahawa huruf adalah terdiri dari 19 huruf,dan itulah sebagaimana bilangan kepala-kepala Zabaniah.Mereka bertindak mengambil menggunakan tangan dan kakinya,oleh kerana itulah mereka bertindak dengan kaki-kakinya sebagaimana mereka bertindak degan tangannya. Kemudian seorang malaikat dari Zabaniah mengambil 10,000 orang kafir dengan tangan satu,dan 10,000 lagi dengan tangan yang lain,10,000 dengan sa...