Posts

Pertama Kali di Kluang

Image
Penulis bergambar di rumah Nur Abadi, (Baju kuning)Blogger dan penceramah di Kluang. Beliau merupakan guru Bimbingan dan Kaunseling di SK Seri Taman Kluang Barat, Johor. Manakala di sebelah kiri, berbaju biru, Ustaz Mohd Yazid, SK Ulu Penggeli, Kluang Johor, seorang designer website, pakar mengambil gambar mengunakan kamera Digital SLR. Seronok ada kawan tak kedekut ilmu... biar jauh...puas hati mengembara dimuka bumi.... Kesempatan...Fb dan Blog mesti tak tinggal, perkembangan terkini.. Cikgu Amin mengeluarkan lap top nya, nah ambik nih...mesti nak guna...blogger mana boleh berpisah dengan internet...

Kepimpinan Berkualiti : Organisasi Bertambah Maju

Image
Manusia, walaupun diberi akal, melebihi dari segala pemberian kepada semua makhluk yang lain, namun hidupnya masih terumbang-ambing dalam mencari kebahagiaan yang sejati, sekiranya belum bertemu dengan kepimpinan yang menunjuk jalan ke destinasi tujuannya. Dalam hidup ini, ada destinasi yang nampak dilihat, iaitu lokasi dalam dunia, dan destinasi yang tidak dapat dilihat, itulah bahagia. Orang kampung datang ke Selangor, mahu mencari tempat orang nak pergi haji berkumpul pun sesat, padahal sudah ada petunjuk... inikan pula yang tiada petunjuk. Dalam agama, manusia tetap perlu pimpinan, namanya hidayah...inilah pimpinan dari tuhan buat menuju destinasi bahagia. Di sekolah, kepimpinan diletakkan sepenuhnya dibawah Guru Besar dan Pengetua. Dibawahnya ada Guru Penolong Kanan, guru-guru ketua panitia, dan dikalangan murid, dilantik pengawas. Semua ini untuk adalah bertujuan untuk menjadikan sebuah sekolah sebagai gedung menadah ilmu yang sempurna. Peranan pengawas sangat penting di seti...

Bakal Hajjah dari SK Bangi

Image
Seramai 4 orang guru dari SK Bangi bakal bergelar Hajjah pada tahun ini. Mereka yang bakal berangkat ialah Puan Guru Besar, Puan Zakiah Haji idris, GPK Akademik, Puan Rabitah Jalaluddin, Ustazah Zanariah dan Ustazah Misiah Husin. Penerbangan mereka yang pertama adalah 12 Oktober 2010. Puan Rabitah dan Puan Misiah adalah bakal hajjah yang awal berangkat. Kita mendoakan agar mereka diberikan kekuatan fizikal dan mental, serta kesihatan yang baik untuk menunaikan kewajipan yang kelima ini.

Seminar Guru Kaunseling Selangor

Image
Hari ini, Khamis, 30 September 2010.Seramai 1200 orang guru bimbingan dan kaunseling dari seluruh jajaran negeri Selangor berhimpun di UNISEL. Kepadatan yang hadir membuat dewan melimpah.Ramai yang terpaksa berada diluar kerana ruang tidak mencukupi. Malah ada yang sampai terlewat sejam dari waktu yang sepatutnya kerana menempuh jarak perjalanan yang jauh, sementara itu ada pula yang tersasar ke tempat lain. Kenapa lah buat jauh begini, kata seorang dari hadirin.Sebenarnya rasa gembira yang jelas terpancar diwajah masing-masing, kerana sekian lama tidak bertemu, kini tanpa diduga, mereka bertemu semula dengan rakan-rakan lama yang terpisah akibat posting dilokasi yang berbeza. En.Khairuddin, selaku boss kepada guru kaunseling Negeri Selangor memulakan ucapan alu-aluan, beliau mengingatkan wang PCG yang masih banyak sekolah belum menggunakannya dengan baik. En.Fadzlie kemudian mengambil alih,beliau menyampaikan cara-cara mengisi L4 kepada semua guru kaunseling.Program L4 ini telah...

Lawatan Guru ke Ladang Cendawan

Image
25 September 2010. SEPANG. Guru-guru SK Bangidan staf sokongan telah mengikuti lawatan ke Ladang Cendawan milik En.Nabil bin Sanusi. Beliau yang baru berusia 39 tahun telah menikmati kehidupan yang agak selesa atas usaha gigih selama ini. Penulis dan 4 orang rakan membawa DSLR untuk mencuri kesempatan mengambil gambar. Hari ini saya belajar banyak perkara tentang penggunaan kamera DSRL. Biasanya saya menggunakan mode P untuk mengambil gambar, dan langsung tidak pernah menggunakan mode M, namun hari, atas bantuan dan tunjuk ajar suami Cikgu Afidah, saya berjaya menggunakan mode M dengan baik. Terima Kasih tuan.. atas ilmunya.. Gambar atas, Cikgu Faizal, GPK Kokurikulum turut membawa D5000 nya. En.Nabil menyampaikan taklimatnya, di sebelah kanan ialah cendawan yang diambil dari tempat pembiakannya. Pengerusi BKG En.Firdaus berdiri sebelah kiri bersama En.Nabil Snap..jangan snake sudah...bahaya Orang lama SKB Peluang bergambar tidak dilepaskan... Masa nak balik... Alamak, kereta ...

Awal Alam Remaja

Image
Menempuh Alam Remaja sememangnya menyeronokkan, namun penuh dengan dugaan. Murid Tahun 6 SK Sg Ramal Dalam ini bergembira, gara-gara UPSR sudah tamat. Ceramah pun disampaikan dalam suasana sedikit santai. Namun dihujung ceramah, penulis menyelitkan unsur keagamaan, betapa pentingnya seorang manusia menjaga solat, kewajipan ini terletak disetiap pundak orang muslim apabila cukup umur yang ditandai oleh wet dream bagi lelaki. Cikgu, tutup gambar tu dulu, kata seorang murid kerana tidak sanggup melihat wajah mayat yang mati gara-gara merempit. Hujungnya lagi, lebih ramai yang menutup mata, maklum dah lewat malam, (jam 11.00 malam), takut melihat wajah mayat pemuda 17 tahun yang mati dan berubah wajahnya kerana tidak sembahyang.

Bangunan sekolah ku dulu

Image
Saya pernah menulis dalam blog ini, bahagian biodataku ,bagi yg belum baca, boleh rujuk sini, sekolah menengah saya yang pertama, SMU Arab Darul Anuar Pulau Melaka, sekolahnya tiada berpagar, masa mula-mula datang saya disambut dibangunan separuh batu inilah. Tempat bernombor 1 adalah Idarah (pejabat) sekolah, nombor 2 ialah kelas saya. Bangunannya separuh batu, lapangan yang kelihatan ialah tempat kami berhimpun setiap hari Ahad. Kini sudah di tar. Waktu mula-mula datang, Ustaz Syafie yang jadi Mudir (Pengetua) di sini, ada Almarhum Ustaz Ali di sini (Batu 2). Bumbung di hujung bangunan (sebelah kanan) ialah kelas PASTI. Tempat kami menerima pesanan oleh Ustazah Qomariah pun disini. (No 1). Di atas tapak yang sama kini bangunan ini sudah tiada lagi, disini telah dibangun bangunan Maahad Tahfiz Darul Anuar 3 tingkat. Sebelah kanan ialah Masjid Pulau Melaka. Dari 1990 hingga 1995 saya bersekolah disini, 1996 saya tingkatan enam, walaupun sudah berpindah di SMU (A) Tarbiah Mardhiah ...