Posts

Stress?

Image
Apa punca seseorang stress?

Sekali di Bukit Rimau

Image
Alhamdulilah, saya dan En.Hafney telah menyampaikan ceramah Pencegahan Penyalahgunaan dadah di SK Bukit Rimau. Ketika pengacara majlis menjemput Pak Cik, beliau sedang menerima panggilan telefon dari HKL. Seorang penagih (HIV) telah meninggal, mualaf, tiada siapa yang sanggup menerimanya, Pak Cik diminta menguruskan mayat itu. Usia baru 50, masih bujang, mati tanpa ada keluarga di sisi, itulah realiti yang berlaku pada kebanyakkan penagih dadah. Murid yang mengikuti ceramah hari ini terdiri dari tahun 4 dan 5. Ceramah saya berkisar bahaya dadah, kesannya ke atas pengguna, berserta dengan gambar-gambar video dan kisah-kisah penagih semasa. Pak Cik Hafney bercerita kisah lampaunya... 15 tahun dalam dunia penagihan dan akhirnya bagaimana dia pulih. Satu perjuangan yang cukup berat. UPDATE Pak Cik Hafney menyusul Guru Kaunseling..Puan Hjh Laila

Pengembaraan ke Balik Papan. UPDATE

Image
18 Mac 2011. Macam ngak percaya ya..dengan tambang Rm366.00 pergi pulang (PP) saya sudah pun berada di Balik Papan Indonesia jam 3.15, sedangkan paginya di Malaysia. Saya bersama 2 orang rakan akan membawa anda meninjau apa yang ada di Balik Papan ini, khususnya Kalimantan Timur.Jom... Bersebelahan dengan laut Sulawesi. Negeri ini (propinsi) terletak di sebalah laut Sulawesi, dimana kebanyakkan orang-orang suku Bugis berasal dari sana. Di sini, ada suku Madura, Dayak, Bugis dan lain-lain. Beberapa minggu kelmarin, tanpa di masukkan berita ini ke akhbar maupun television, ratusan suku kaum Madura meninggal di penggal leher oleh ilmu orang Dayak.Hairannya, orang Madura yang dipenggal lehernya, tidak melihat siapa yang datang memenggal mereka, tiba-tiba saja, leher mereka putus, padahal sedang berada dalam sebuah kereta yang bertutup cerminnya. Mungkin kisah ini akan menambahkan lagi semangat suku kaum tertentu, makanya ia tidak di sebarkan. Saya cukup merasa hairan dengan ilmu suku Day...

Motivasi UPSR di SK Tok Muda Kapar Klang

Image
KLANG. Sekolah Kebangsaan Tok Muda Kapar hari ini menjemput saya selaku penceramah kepada 100 orang murid calon UPSR. Terima kasih pada Cikgu Husni, selaku guru bimbingan sekolah. Jam 7.30 pagi saya bertolak dari Nilai 3, jam 10.00 sampai di sekolah tersebut. Lihat meter van, dalam 127 kilometer gitu. Semoga semangat anak-anak disini terus bertambah dan mula mengatur strategi untuk melihat masa depan yang cemerlang, gemilang dan tak hilang nama didunia.

Gambar Lawatan ke Karangkraf

Image
Sinar Harian, antara bahan akhbar yang di cetak dan di edar oleh syarikat Karangkraf. Setelah makan tengah hari dibawah khemah bersama Dato, kami dipersila untuk bergambar bersama di belakang pejabat beliau. Dato berdiri (5) dari sebelah kanan.Terima Kasih Karangkraf

Lawatan ke Karangkraf, High 5 dan Rumah Orang Tua

Image
14 Mac 2011. SHAH ALAM. Seramai 43 orang warga guru dan staf sokongan dan 20 orang anak-anak guru menyertai acara lawatan sambil belajar ke Kilang Percetakan Karangkraf yang terletak di Shah Alam. Dua bas sewa khas bergerak dari perkarangan sekolah jam 8.20 pagi. Disebabkan kesilapan jadual, rombongan tiba jam 10.00 pagi di Karangkraf. Saya memberitahu pegawai terbabit, kami terpaksa bergegas ke Kilang Roti sejam setengah kemudian. O... tak cukup kata En.Hashim, sekurang-kurangnya anda akan berada di sini selama 3 jam. Kami tak tahu, rupanya Karangkraf juga ada menyediakan jamuan untuk kami, bahkan kalau ada rezki, kami boleh makan bersama CEO sekali tengah hari ini, jelas En.Hashim lagi yang bertindak selaku pemimpin lawatan kami. Sesi terawal. Taklimat oleh Encik Hashim Kami tak sangka, pihak Karangkraf suka menerima lawatan guru, kerana, guru dan ilmu serta penulisan tidak dapat dipisahkan. Jelas mantan Pengerusi PIBG ini. Sesi Lawatan bermula di sini. Mesti ambil gambar. Ilust...