Posts

Keselamatan Semasa Berada di sekolah,rumah dan jalanraya

Image
Jumaat, 1 April 2011. Pihak sekolah telah menjemput Pegawai Polis untuk memberikan ceramah berkisar keselamatan kepada pelajar sekolah. Sjn Rahman Yunus datang pagi untuk menyampaikan ceramah berkenaan. Berikut adalah gambar-gambar semasa program dijalankan. Petang semalam, semalam, saya mendapat maklumat, 5 suspek telah memasuki sebuah rumah di Taman XXXX Dengkil, merusakkan kereta dan peralatan di situ tanpa motif, kemudian mereka beredar. 2 Hari lepas juga, seorang perempuan dilarikan oleh sebuah kereta ke arah Dengkil. Ini kes culik. Namun suspek telah ditangkap. Pertanyaan yang berani

Berbahgia lah wahai Orang-2 yang Menderita

Image
Kembara dan kembara, hidup ini tak habis-habis mengembara, dari alam ruh, ke alam rahim ibu, kemudian berpijak di alam nyata ini, alam syahadah,kemudian di alam barzakh dan akhirnya ke alam akhirat. Justeru kehidupan ini hanya sementara, dan akan ada akhirnya, maka...kepada orang-orang yang sering hidup dalam penderitaan, berbahgialah..kerna sebentar lagi, maut akan menjemputmu, ia akan menghabiskan segala penderitaan hidup mu di alam fana ini. Jangan lupa bertaqarrub dengan Nya, walau semiskin apa pun dirimu, redhalah, jangan sampai miskin pahala dan amal. Sebahagian usaha saya membantu Taman setakat ini.

Tension Lagi

Image
Mendapat RM6.00 lebih baik dari tak dapat langsung... Menyusahkan, banyak kerja... itulah luahan hati antara guru-guru yang hadir ke program Taklimat LADAP di PPD hari ini

Antara Foto Kenangan di Aceh

Image
Terima Kasih kepada Saudara Hashim yang masih mengabadikan foto kenangan ini.Saya sendiri tak punya kamera waktu itu, foto ini pun tidak ada dalam ingatan saya lagi. Ianya hadir semula setelah terlihat di Facebook Sdr Hashim Antara gambar kenangan di Aceh. gambar ini adalah di kawasan fakulti. Ada bersama sahabat dari Thailand dan adik baru. di Tanoh Abe..Aceh.. Gambar ini semasa lawatan bersama Profesor (sekarang) sebelah kiri saya di Pesantren Tanoh Abe. Kami menaiki labi-labi (sejenis nama angkutan umum) hampir 1 jam setengah untuk sampai ke sini. Disini ada manuskrip lama. KItab-kitab lama dan tempat orang bersuluk. Perpustakaan Tanoh Abe

Mesyuarat Agung Persatuan penduduk

Image
AHAD.27 Mac 2011. Hari ini saya menghadirkan diri ke mesyuarat AGUNG, tak sangka hujung-hujung di lantik sebagai Setiausaha Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria. Canggih jugak telefon wak Tam ni....gambar di atas adalah dari kamera Wak Tam.

Stress?

Image
Apa punca seseorang stress?

Sekali di Bukit Rimau

Image
Alhamdulilah, saya dan En.Hafney telah menyampaikan ceramah Pencegahan Penyalahgunaan dadah di SK Bukit Rimau. Ketika pengacara majlis menjemput Pak Cik, beliau sedang menerima panggilan telefon dari HKL. Seorang penagih (HIV) telah meninggal, mualaf, tiada siapa yang sanggup menerimanya, Pak Cik diminta menguruskan mayat itu. Usia baru 50, masih bujang, mati tanpa ada keluarga di sisi, itulah realiti yang berlaku pada kebanyakkan penagih dadah. Murid yang mengikuti ceramah hari ini terdiri dari tahun 4 dan 5. Ceramah saya berkisar bahaya dadah, kesannya ke atas pengguna, berserta dengan gambar-gambar video dan kisah-kisah penagih semasa. Pak Cik Hafney bercerita kisah lampaunya... 15 tahun dalam dunia penagihan dan akhirnya bagaimana dia pulih. Satu perjuangan yang cukup berat. UPDATE Pak Cik Hafney menyusul Guru Kaunseling..Puan Hjh Laila