Posts

BERSIH : Apa Kaitannya Dengan Jiwa?

Image
"Qod Aflaha man tazakka, wa qod khoo ba man dassaahaa". Sesungguhnya berjaya lah orang-orang yang membersihkan dirinya, dan rugilah orang yang membiarkan dirinya kotor". Persoalan BERSIH, ternyata ada disebut dalam Qur'an, apalagi jika diperhatikana ayat ini " Yau ma laa yan fa u maalun wa la banuun, illa man atal laha biqalbin salim , " Hari Akhirat itu adalah hari yang TIADA GUNA lagi segala harta benda dan anak-anak, kecuali orang yang MENGHADAP ALLAH dalam keadaan hatinya SALIM. Yakni Selamat. Ulamak tafsir menghuraikan didalam kitab Tafsir Jalalain, makna JIWA yang SELAMAT ialah jiwa sudah mendapat keampunan atas dosa-dosanya. Adapun, BERSIH yang ingin dibawa oleh sekelompok manusia di Malaysia, adalah bertujuan menuntut, pilihanraya yang bersih dan ADIL, dikeranakan mereka telah berdepan dengan beberapa pengalaman selama ini, kononnya wujud ketidakadilan. Sebagai contoh, nama orang yang sudah meninggal, tetapi masih ada dalam daftar, malah boleh ...

Tak Perlu Kata Apa-apa

Image
........more.................... Tak perlu kata apa-apa... senyuman yang lahir tulus ikhlas.

Saya Insaf Cikgu

Image
Sejurus tamat sesi kaunseling berkelompok berfokus, saya memanggil 2 orang ahli baru. Ahli ini baru saja mengikuti program ini dan inilah pertama kali dia ikut. Saya perintahkan, Duduk …. Apa pendapat kamu dengan sesi tadi? Bagus cikgu… . Apa perasaan kamu tadi (waktu sesi)? Ahli kelompok ini terus menangis. (Padahal bukan dia yang menjadi sasaran.) Kenapa dia pun seakan mahu menangis dan menangis? Sebabnya (kata dia) kerana dia turut merasakan perbincangan tadi seperti ditujukan kepadanya. Semasa ahli kelompok menuju kan bahan perbincangan kepada objek sasaran. Klien lain turut merasakan benda yang sama. Bahkan ada ketikanya ahli kelompok turut menangis ketika bercakap, terutama ketika menyebut tentang kesusahan ibu mengandung dan melahirkan klien. Inilah yang saya temui, sesuatu hal yang baharu, apabila dapat membina sebuah kelompok yang mampu berkomunikasi, memberi pendapat dan nasihat kepada ahlinya. Syabas anak muridku, walau pun baru tahun 6, tetapi sudah mampu menjadi sepe...

Hantu di Kuantan-Gambang

Image
KUANTAN: “Saya demam dua hari selepas melihat imej tiga makhluk itu,” kata seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad, 24, yang mendakwa merakam gambar tiga makhluk halus menggunakan kamera digital di Jalan Kuantan-Gambang, berhampiran sebuah tokong, di sini, pada 17 Jun lalu. Sebagai pekerja separuh masa di sebuah bengkel membaiki kereta yang terbabit dalam kemalangan, antara tugas Abdul Mubin ialah mengambil gambar kereta mangsa sebelum ditunda ke premis majikannya. “Pada hari itu (17 Jun) kira-kira jam 11.30 malam, ada kemalangan di kawasan berkenaan membabitkan sebuah kereta BMW 5 Siri yang dinaiki empat lelaki dalam perjalanan ke Kuantan. “Bagaimanapun, semua lelaki terbabit hanya cedera dan mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan manakala kereta mereka terbabas ke kiri dan ‘melekat’ pada sebatang pokok,” katanya. Dia yang turut membawa anak isterinya ke tempat kejadian itu mengambil gambar kereta berkenaan sambil dibantu rakannya. Bagaimanapun, kereta itu ditunda p...

Jadual Program

14 Julai 2011 - Shah Alam Bersama Guru Besar 17 - Julai 2011 SK Bukit Rimau. Solat Maghrib, Bacaan Yasin, Solat Hajat, SOlat Isya, Ceramah Motivasi... Tahajud, Solat Subuh,Tazkirah Subuh 20 Julai 2011 - SMK Pandan Indah- 23 Julai 201 1 - SK Lembah Jaya - Parenting

Kebakaran di Pekan Bangi

Image
Sabtu. 02 Julai. 2011. Penduduk di sekitar pekan Bangi dikejutkan dengan insiden yang sangat mengejutkan ini. Deretan kedai-kedai gunting, hardware, kedai makan dan perabot habis di telan si jago merah. Jam 2.45 pagi, bermulanya di kedai makan paling kanan, kemudian memamah dengan rakusnya papan-papan yang ada disampingnya. Hal ini membuat kereta Bomba tak sempat menyelamatkan kesemuanya. Untungnya tiada nyawa yang melayang.

Larian 1Malaysia di SKB

Image
Larian ini telah dilepaskan oleh Puan Siti Zaharah, Guru Besar SK Bangi Bukan sahaja murid, malah guru dan staf turut serta