Posts

Masa Bergembira Kita Ada, Tapi Tak Punya Masa Menangis

NILAI.02 Mac 2012.  Mungkin ramai antara kita yang jarang menangis. Kalau ya pun menangis, hanya dalam hati. Mengenang nasib diri yang malang atau kerana tidak dihargai oleh orang lain. Lebih banyak masa yang kita cari adalah untuk ketawa dan bergembira. Hatta terjadi, orang-orang yang banyak wang, menggunakan nikmat itu ke jalan yang salah. Saya pernah berjumpa sahabat yang mempunyai klien berpendapatan RM30,000 sebulan, dek kerana tidak tahu memanfaat wang tersebut, dia mengambil syabu buat menambah kebahgiaan (kononnya). Jarang antara kita yang menyiapkan satu waktu untuk menangis. Kita banyak siapkan acara, momen indah, pertemuan itu dan ini, yang semuanya dalam ruang lingkup untuk kesenangan jiwa. Pantas bicara, untuk kita sesama kita, lalu dimana dari kita untuk Allah? Untuk tuan punya tubuh badan kita. Yang memberi kita segala nikmat di dunia, yang menunggu kita sembari kita pulang menemuiNYa nanti?  Kawanku, anak isteri suami dan makluk ini semuanya makluk yang akan ...

Semangat Perlu Membara

Image
  AMPANG. 1 Mac 2012. Terima Kasih kepada guru-guru SK Taman Bukit Teratai, juga buat Cikgu Widyawati atas jemputan saya menyampaikan ceramah Motivasi UPSR hari ini.

Andai Masa Dapat ku Putar Kembali

Image
NILAI ..Sayu melanda hati ini, bila menatap gambar ini yang menjadi kenangan zaman berzaman.Apa tidaknya, semua nama-nama yang tercatat di atas sudah pun pergi dibawa arus Tsunami 2004. Tepatnya 26 Disember. Hanya 15 minit air hitam mematuk rumah-rumah di Kampung Jawa. Pak Buyung (paling kanan) merupakan ayah kepada Dayat (ana paling bongsu) terpaksa menanggung perpisahan buat selamanya dengan anak dan isteri. ( Bu Sum). Dari kiri, Si Fir, bapaknya Pak Jamal, Ir, Pak Syed, Saya , Dayat, penulis, pak Hasan, Mimi, Ardian Shah dan Pak Buyung, Yang masih hidup ialah Mimi, Pak Syed, Ir dan saya.Yang lain semuanya sudah pergi, kendatipun Pak Buyung baru saja menutup matanya beberapa tahun lepas.(Al-Fatihah) Sedangkan Si Ir (3 dari kiri) selamat bersama dengan Rara (Adiknya). Ir kini bertugas sebagai anggota polis. Namun setelah bapaknya meninggal, rumahnya di Aceh dijual. Untuk membantu masa depan Rara, bapaknya membeli sebuah rumah baru di Medan. Pada tahun 2002 saya baru pulang dari In...

Jadual Waktu Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Image

DVD tutorial Untuk Menjadi Bijak Photoshop

Image
macam mana gambar di atas boleh jadi seperti dibawah atau pun seperti ini Alangkah cantiknya gambar-gambar yang ada dalam facebook, laptop, power point dan bahan P&P Cikgu bila cikgu rajin edit dengan perisian Photoshop. Tapi berapa ramai antara kita yang mahir dengan photoshop, sedangkan hati selau duk cemburu bila melihat kekawan pandai edit kawan. Nak tanya bukan mudah dia orang nak ajar kita kan. Sudahnya kita simpan dan simpan hasrat itu sampai ke sekarang. Tapi.. Cikgu-cikgu tak perlu risau lagi, sekarang sudah ada ratusan video tutorial bagaimana menggunakan perisian ini. Saya sendiri asalnya kosong bab benda alah ni, tapi lama-lama makin seranok, kawan-kawan pun minta buat banner, backdrop, button batch la dan lain-lain. DVD Photoshop Top Secret adalah satu Kursus Latihan Photoshop Extreme yang mengajar anda langkah demi langkah, Bagaimana untuk mencipta grafik canggih dan Kesan khas dengan Adobe Photoshop. 4DVD-ROM ini sangat mesra pengguna dengan 1...

Pengawas Sekolah Pemimpin Cilik Masa Sekarang

Image
Pengawas dari SK Seksyen 7 mendengar ceramah cikgu pagi ini dengan ceria. Pengawas-pengawas dari SK Taman Jasmin bersemangat dan mendengar ceramah cikgu dengan penuh tumpuan. Tahniah!! 18 Feb 2012.KAJANG.Dua buah sekolah telah menjemput saya hari ini untuk menyampaikan pengisian ceramah tentang Kepimpinan. Tugasan Pengawas kita kemudiankan dulu, yang pertama dalam Islam memang mengangkat darjat pemimpin, buktinya dalam tiap kali solat, selepasnya kita diminta berdoa, yang antara lain isi doanya, Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa. Tengok tu, kita disuruh jadi pemimpin.Manakala dalam hadis pula, yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim, menyatakan, ada 7 golongan yang akan berada dibawah naungan Arasy Tuhan akhirat nanti ketika itu matahari panas bagaikan sejengkal dengan kepala. Yang pertama menjadi VVIP ialah Pemimpin yang Adil. Tengok tu lagi. Awal-awal lagi pemimpin dipanggil. Hebatkan orang yang boleh menjadi pemimpin ini? Saya nak ...

Mengubah atau di ubah?

Ada yang berkata "Orang lain tidak boleh mengubah hidup kita, gaya hidup kita, cara hidup kita". Namun saya melihat, adakalanya "seseorang" boleh memberikan perubahan kepada orang lain. Kita juga pernah di ubah oleh 'seseorang' yang lain dalam hidup kita. Kita pernah di pandu menuju ke satu jalan, ke satu pemahanan, ke satu perjuangan oleh 'seseorang' yang lain. Apakah anda, tidak memerlukan bantuan orang lain untuk berubah? Untuk menguatkan semangat anda? Untuk membetulkan diri anda dalam perjalanan menuju Tuhan? Apa anda rasa sudah betul semuanya? Sujud anda, rukuk, bacaan-bacaan, kefahaman dan sudah layak diterima sebagai amal dari anda untuk Nya?