Galakan Memberi Salam Antara program yang telah berjalan pada bulan Mac ini ialah galakan memberi salam. Hal ini tanda kasih kita sesama kita, kasih guru pada murid dan sebaliknya. Ada kelebihan yang besar rupanya bagi siapa yang mendahului memberi salam. Ganjarannya lebih besar berbanding yang menjawab. Cikgu-cikgu sekolah kalau rajin memberi dan menjawab salam, mudah-mudahan akan diberikan kesihatan sepanjang masa. Susah nak demam, apalagi sakit teruk. Apa tidaknya, hari-hari ada orang bagi salam, ramai-ramai pulak tu. Satu kelas bagi salam, maknanya paling kurang 30 orang mendoakan cikgu supaya selamat dan mendapat rahmat Allah Taala. Sabda Nabi Muhammad SAW mafhumnya, “Barangsiapa yang terlebih dahulu mengucapkan salam, akan dicabut darinya sifat takabur” Sifat takabur ialah satu sikap yang tidak baik. Suka membesarkan diri sendiri, suka menunjukkan dia hebat, pandai, bijak dan segala-galanya. Lawan dari sifat Takabur ialah Tawaduk.Sifat Tawaduk ialah sifat merendah d...