Barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka baginya kesempitan dalam hidup, dan Kami akan bangkitkan mereka dalam keadaan buta matanya, bertanya mereka, Ya Tuhanku, kenapa Engkau bangkitkan aku dalam keadaan buta, padahal dulu waktu di dunia aku boleh melihat, Jawab Tuhan, Begitulah balasannya, lantaran engkau buat-buat tk nampak akan peringatanKu sewaktu di dunia dahulu.
Thaha : 124
Popular posts from this blog
Data Lama
8. Langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan bilangan penagih di negeri ini ialah :- 1. Satu perumusan semula Strategi Dadah Negara telah dibuat dengan menukar pendekatan konsep dan mengatur semula keutamaan strategi. Senarai keutamaan strategi yang telah diatur dan diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan [MDK] ialah Pencegahan, Penguatkuasaan, Pemulihan dan Kerjasama Antarabangsa. 2. Strategi pencegahan merupakan strategi jangkapanjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah. Ia dibahagikan kepada pencegahan awalan dan pencegahan umum seperti :- (i) Pencegahan awalan telah dijalankan melalui pendidikan pencegahan dadah di sekolah-sekolah atau di kalangan masyarakat umum. Objektifnya ialah menyediakan generasi muda dari segi pemikiran supaya menjauhi dadah, mengubah sikap dan persepsi masyarakat dengan menonjolkan isu dadah dan mengawal suasana sekitar yang menjadikan dadah itu jelik dan jijik. (ii) Program d...
Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre
Pada 24 Julai seram ai 24 orang mahasiswa SPADA di USIM bertolak dari Kampus Pandan Indah ke Subang. Rombongan ini meninjau sistem perubatan yang dijalankan oleh Kristian Care Centre terhadap pecandu narkoba. Pusat ini yang rata-rata ditadbir oleh bekas alumni menerima klien secara sukarela. Pihak Church membantu dari segi kewangan. Manakala klien yang mampu dikenakan bayaran RM250.00 sebulan. Adapun yang tak mampu di berikan biaya siswa. Tempat yang redup dan tinggi, menyejukkan pemandangan, apatah lagi dibelakangnya terbentang lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Subang. Walaupun dikota terkena terikan mentari, namun di sini kenyamanan anda akan rasakan.
Comments