Lawatan Percuma 2 jam
Bangi , 13 Mei 2008. Sekali lagi rezki jatuh bergolek, seramai 38 orang murid dipelawa menghadiri majlis perasmian Skuadrom Askar Wataniah Unit Air bersama Syabas di Kampung BAngi Tambahan.
Majlis yang dihadiri Kernel Tan Sri Razali Ismail ini membuka minda kepada pelajar akan beberapa perkara. Pertamanya mereka melihat bagaimana kerja bahagian angkatan tentera yang terpaksa berdiri hampir sejam di tengah terik mentari demi menunggu kehadiran orang-orang tertentu.
Selain itu, ada lagi jenis pekerjaan melibat bekalan air, polis dan VIP atau pembesar Kampung. Pilih sendiri mahu kerja apa bila besar nanti. Hadirin sungguh gembira, selain dihidang nasi free, mereka juga mendapat buku lukisan berkulit merah, penanda buku dan beberapa barangan lain. Dalam pada itu ada jugfa murid yang berebut mendapatkan tandatangan tentera tertentu.
Jam 10.30 kami dijadual kembali ke sekolah, tapi bas agak lambat tiba, namun sempat juga tiba sebelum jam 1.00.
Comments