Berita hari ini

Hari ini jumpalah surat tu, rupanya dari Universiti Sains Islam Malaysia, didalamnya borang tawaran melanjutkan Diploma Penyalahgunan Dadah ambilan 2008. Saya kena mendaftarkan diri 10 Julai ini di Pandan Indah. Pengajian selama 9 bulan ini akan menjauhkan saya sedikit dari sekolah. Tapi bukan satu tempoh yang lama. Bulan 3 tahun depan, ada lah pulak. Masa borang tawaran sampai dulu, Puan Jannah lah yang syorkan, terpikir dekat, hanya kat Nilai, gaji penuh, cuti tanpa rekod, apa lagi, sementara semangat masih membara. Lagipun masih gagah nak ulang-alik insya Allah.
Apapun, kebaikannya buat sekolah jugak. Dan esok tiga hari, dan sambung minggu epan 4 hari ini, mesyuarat Juru Latih Utama melibatkan saya di Klang, pun bakal menaikkan nama Sk Bangi. Apa tidaknya, seramai 9 orang, 2 dari Selangor, seorang dari Gombak dan seorang dari Sekolah Rendah Bangi.
Sebenarnya usaha saya hanya sedikit lebih dari orang lain. Bukan hebat pun. Tapi gembira sebab terpilih membawa idea bina blog ke peringkat Kebangsaan. Harap menjadi kenyataan.
Comments