LEBAH MENYENGAT DI SKB

Mengingat SK Sri Putra tidak mungkin siap mengikut jadual, mengingat pula dewan lama Sk Bangi kembali dihuni. Ianya akan terjadi secara keterpaksaan kerana SK Bangi tidak mempunyai bangunan dan bilik yang cukup lagi untuk menampung jumlah dan ledakan murid yang semakin ramai. Bilik guru pun berserabut, bahkan guru duduk secara berasak-asak dalam bilik nan sempit, jika guru pagi tidak pulang, dan datang pula guru petang, nescaya akan penuhlah bilik itu bak kapal karam. Namun ada suatu yang tidak kena dengan dewan, iaitu lebah. Dua tiga hari lepas, majlis ringkas perpisahan dengan Puan Saudah terpaksa dijalankan diluar dewan walaupun agak dipanah terik menteri berikutan ada seorang murid yang digigit lebah itu. Malam ini, saya ketemu sama orang jualan madu lebah, besok katanya dia setuju untuk hadir ke sekolah melihat dewan itu dan kita minta dia punggah sehabis dayanya untuk mengurang dan memupuskan kehidupan lebah di SK BANGI.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre