Jangan Delete Blog Anda
Oleh : Norish afraima
Salam dibulan Ramadhan yang jatuh pada bulan September tahun ini. Anda apa khabar? Ni nak citer sikit pasal blog. Saya tersilap delete blog yang lama (cerita dulu) gara-gara ingin menukar template baru sedangkan blog itu sudah 3 tahun saya post artikel pelbagai. Dari rendah sampai ke peringkat mesyuarat bersama Pegawai Kementerian. Saudara nak tahu apa jadi? Hilang... Ye lah, semua artikel lampau bersama dengan foto dan kenangan yang terindah hanyut begitu saja dan saya tak mungkin akan dapat mengejarnya kembali.
Oleh itu, sebagai perkongsian dengan tuan-tuan semua. Janganlah delete blog lama, biarkan ia. Anda boleh tukar atau ganti nama blog itu andai ingin tak dikunjungi orang. Gantilah dengan nama apa pun. dari http://......blogspot.com, anda boleh ganti sebenarnya nama blog tersebut. Lihat dalam setting. Lainlah dalam blog anda sangat berbahaya bagi diri dan keluarga anda ditatap orang.
Setelah ter-delete blog lama, saya terpaksa memulakan semula blog baru semacam baru belajar buat blog. sayangkan.
Baiklah, untuk tahun ini, saya akan beraya di Kampung Kota Bharu. Tahun lepas beraya di Indonesia, melepasi 3 propinsi di Sumatera, Medan, Aceh dan Padang. Seronok bawa Rusa dari Medan ke Acheh, tapi jalan nya sempit dan banyak pula motokar dijalan. maklum musim raya, saya tak terlalu pandai kemudi di arus bersimpang siur gitu. Banyak kali tukar drive dengan abang ipar. Waktu ke Padang untuk ambil ijazah doa Tsunami, kesemua tiket bas habis, termasuk yang ekonomi. Mak hai yang ekonomi yang tak ada account tu, hanya cermin je..pun habis. Sedang tiket kapal terbang dari Padang ke LCCT sudah pun saya tempah. Terpaksalah malam tu jugak keliling Kotaraya Medan mencari tiket, akhirnya saya ke Polonia Medan, jumpa dengan Remy, dialah yang tolong carikan tiket pesawat.
Esoknya saya ke Medan lagi sejauh 2 jam dari pekan Tangjung Pura, Langkat. Pesawat Batavia lama juga kami tunggu. Akhirnya saya ke Padang buat pertama kali.
Comments