
Kenangan bersama arwah Haji Amir (Kambing) dari Banten, Pak Buyung Medan, arwah Pak Khalid, Sopir kami dan Jenar. Foto ini adalah di Pulau Sabang (Pulau Weh) dalam rangka wisata dakwah kami ke sana.

Pemandangan di Janthoe, ibu kota pusat pentadbiran Nanggroe Aceh Darussalam. Kami ke sini kerana terpaksa berjumpa dengan Ketua Kantor Agama, Banda Aceh, mengurus surat-menyurat untuk pulang. Jarak ke sini dari Banda hampir sejam. Jauh jugak la masa tu. Melalui lereng-lereng bukit dan gunung botak. sejuk...

Tahun 2000. Kami beraya (Aidil Adha) bersama rakan. Foto ini di Mess Malaysia,
Jalan Inong Balee. Inong maknanya perempuan, balee ertinya, janda.

Arwah Haji Amir dari Banten, ketika berada di Gampong Jawa, menyampaikan zikir kepada mahasiswa Aceh. Mahasiswa ini datang untuk mendengar penjelasan tentang amalan zikir yang mudah di amalkan.

Kenangan bersama Kadir Petani Thailand, dan rakan-rakan mahasiswa dari Aceh,kami bergambar di rumah ibu angkat, du Pualau Sabang, semasa 3 bulan praktikum, kami tinggal di rumah beliau.Kat sini tak ada ayam tau, hari-hari makan ikan dan telur je, Maklum pulau. Yang lucunya ada rakan perempuan (kakak letting) berkata, nanti aku balik Banda, aku nak makan ayam banyak-banyak.
Comments