Pencegah Kemungkaran

Sesungguhnya Solat Boleh (berupaya) mencegah seseorang Anil Fahsyaai wal Mungkar, dari kejahatan kecil dan besar.

Sesungguhnya sholat itu boleh mencegah seseorang manusia dari fahsya dan mungkar. Ketika Nabi ditanya oleh para sahabat, Ya rasulullah, ada orang yang sembahyang, tetapi masih (tetap) melakukan kejahatan. Jawab Nabi itu adalah orang yang belum sempurna sholatnya.

Syarat sempurna sholat ada banyak. Salah satunya adalah memahami apa yang dibaca ketika sholat. Seseorang yang sholat, ketika ia membaca Maa liki Yaumid dien.. terasa olehnya, bahawa Allah itu Tuhan yang Maha Gagah Perkasa, Maha Bengis di Akhirat, yang menjadi Raja..dimana semua raja dan semua orang yang berkuasa di dunia ini pada waktu itu akan tunduk dan tidak mempunyai sesen kuasa pun lagi. Bahkan tidka berhak berkata-kata pun walau sepatah. Yang menjadi raja dan akan bertindak sebagai hakim adalah DIA, Azza Wajalla. Lalu terkacat, terkedu, bagi orang yang sholat apabila ada peluang untuk berbuat kejahatan. Hatinya teringat pada akhirat, lalu membatalkan niatnya tadi.

Dengan itu, benarlah sholat sebenarnya berupaya mencegah manusia dari kejahatan. Apa yang berlaku hari ini, 330.000 manusia lelaki di Malaysia yang terperangkap oleh najis dadah. Hatta ada yang sudah gila dan tak boleh di ubati lagi. Kesemua mereka ini berlatar belakangkan orang-orang yang jauh dari mengingati TUHAN mereka ketika berhadapan dengan peluang untuk berbuat kejahatan.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre