Wa Li Kulli Ummatin Ajal

13 Oktober 2008. SERDANG. Satu kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal terjadi pagi ini dalam perjalanan dari Shah Alam/Sg.Besi ke Kuala Lumpur, tepatnya bersebelahan Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan. Seorang lelaki bujang berusia 28 tahun yang dalam perjalanan menuju tempat kerjanya di KWSP tidak sempat memotong sebuah lori 1 tan, menyebabkan ianya terjatuh dan terpihak oleh tayar treler minyak Shell.
Ketika saya tiba, mayat dalam kondisi putih kepucatan, seluruh tubuh kaku tidak bergerak, dan belum di tutupi apa-apa. Polis belum tiba, saya dan seorang pak cik bertindak mengawal lalulintas sebelum tiba pihak Paramedik dari Hospital HUKM. Namun mereka pun tidak dapat melakukan apa-apa selain menutup mayat dengan kertas.
Sementara menunggu pihak polis tiba, saya masih mengarahkan kenderaan agar ke kanan dan kiri jalan, padahal waktu itu, ramai juga rakan-rakan yang ingin ke kelas ternampak saya sedang melakukan aksi seperti pegawai polis trafik. Sejurus kereta peronda tiba, keadaan jalan bertambah sesak, justeru kereta peronda tersebut menutup sebelah lagi laluan, ini menjadikan kesesakan lalu lintas sepanjang puluhan kilometer.
Pegawai polis yang menaiki kereta peronda meminjam motor NBV 4646 saya untuk menuju ke hadapan untuk mengetahui cerita dari pemandu lori shell, apakah lori itu yang terlibat dengan kemalangan ini. Memang ya. Katanya, dia tidak sedar dan sedang menggigil ketakutan. Pemandu lori alias treler Shell itu hanya tampak disebelah kanan lewat cermin sisi. Dia kemudiannya memberhentikan kenderaannya dibahu jalan.

Comments