Waktu di Sabah
Selama ini saya terfikir, kenapa jam 12.00 disebut tengah hari dan jam 1 disebut petang. Walhal (jam 1.00) baru saja masuk waktu Zuhur (di Semenanjung). Dalam Islam, waktu Zuhur adalah selepas matahari betul-betul bergeser dari berada di tengah-tengah tegaknya. Dalam hal ini, jam 12.00 adalah betul-betul mengikut sistem matahari terbit, menegak dan kembali suram.
Ketika berada di Sabah, tepatnya ketika saya sedang mendengar taklimat dari En.Azlan di Pusat Serenti Papat atau
glamournya PUSPA, Papar, ketika itu azan berkumandang, sedangkan jam menunjukkan pukul 12.10 minit. Wah benar sekali waktu di Sabah ini, bisik hati kecil saya. Selama ini ku tertanya-tanya kenapa jam 1.00 disebut petang. Rupanya memang jam 1 sudahpun menghampiri petang.
Di Semenanjung Zuhur adalah jam 1.00 lewat. Perhatikan pula waktu semenanjung di bawah. Kalau ikutkan jam ianya tidak selari dengan matahari terbit., kerana sepatutnya permulaan hari adalah jam 6.00 pagi. Tengah hari adalah jam 12.00 (betul-betul di tengah) dan akhir petang adalah 6.00 petang. (keadaan ini berlaku di Negeri Sabah) ketika anda
terbangun waktu pagi, matahari sudahpun terbit, sementara jam waktu itu adalah baru pukul 6.00 pagi. Manakala waktu petang jam 6.00 sudah pun maghrib.

Selama ini tanggapan kita kenapa Sabah awal berbuka puasa adalah salah, justeru Sabah adalah tepat waktu jam nya seiring dengan matahari terbit dan terbenam. Hal ini tidak juga saya temui ketika berada di Sumatera selama 4 tahun.
benarlah ungkapan
JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN
Comments
wah, bagus ni syeikh! anta tlh memanfaatkan pgalaman anta d sabah, dgn mnilai waktu matahari terbit, tbenam dsb.. ini suatu ilmu yg amat baik utk dkongsi teman2 yg tdk bpeluang k ngri d bwh bayu ini..
jazakumullahu khairon kasiro..