
Minta maaf anda terkejut melihat foto ini.
ALLAH kadang-kadang nak sedarkan manusia, bahawa yang ciptakan makhluk ini dan seluruh makhluk lain yang ada adalah bukan manusia. Tetapi ALLAH. Yang Wajib di ingati setiap detik dan ketika. Paling tidak 5 kali sehari semalam.
Kadang-kadang manusia yang kurang arif bertanya kepada teman-temannya yang tak punya anak,
bila kau nak dapat anak, justeru persoalan itu sebenarnya tidak disedari telah mengguriskan hari yang ditanya. Padahal dia terlupa,
bukan manusia yang berupaya menjadikan manusia. Andai kata manusia mampu mencipta manusia,
sudah tentu kita akan mencipta secantik-cantiknya, sebaik-baik dan secerdik-cerdiknya.
Bagi sesetengah orang, jika punya anak seperti ini, alangkah lebih baik jika tidak memiliknya. Seringkali jugak anak guru, ditanya orang
kenapa tak berapa pandai ya. Dia jugak terlupa, itu tidak mesti berlaku, sebab guru adalah manusia biasa jugak, cuma lebih pandai sikit pada bukan guru dalam bidang tertentu. Guru pun waktu sekolah dulu tak berapa pandai jugak. Yang pandai tak berapa ramai jadi guru, mereka pilih enjiner, doktor, peguam, hakim dan sebagainya.
Dan kita sememangnya, tidak boleh mengharapkan anak kita terlalu pandai, hanya semata-mata kita bergelar guru, lihat dulu dan cermin dulu siapa kita. Kalau takdir anak kita antara ribuan yang cerdik, maka pantasnya kita mengucap syukur padaNya, dan andai bukan,
terima saja lah...norish
Comments