
Jika ada satu orang penagih dalam keluarga, cukup membuat satu keluarga derita. Sang ibu akan menangis siang malam dek anaknya yang diharap menjadi seperti anak orangl ain, tetapi menjadi penagih, alangkah malunya sang ibu. Manakala sang isteri menderita naik turun mahkamah, tiada siapa yang boleh membantu memberi nafkah untuk mereka, lantaran suami tersayang kini berada di pusat. Manakala anaknya cukup menderita dan malu apabila pergi ke sekolah. Kawan-kawan akan bertanya dimana ayahmu. Pernah suatu ketika seorang murid apabila ditanya oleh gurunya, apa kerja ayah kamu? Lantas murid itu lari....sambil menangis.. Kisah ini disampaikan oleh Hafneey, Presiden Pandamai 04 Disember 2008 di USIM Pandan Indah dihadapan pemimpin masyarakat. Sekalian hadirin menangis dan cukup tersentuh bab ni.
Marasakan tersangat penting ilmu ini untuk disampaikan pada semua orang atas dasar tangungjawab sosial, maka pada 05 Disember 2008, selesai sudah siri ceramah pertama saya di Surau As-Syakirin, Bandar Sri Putra. Terima kasih pada suami Cikgu Nazatul yang melorongkan saya ke sana.

Kini saya menjelajah lagi, beberapa surau lagi sedang dalam usaha yang sama. Antara surau dan masjid dan surau yang akan saya pergi adalah ;
a. Masjid Semenyih (Besar)
b. Masjid Rinching Hilir
c. Surau Bukit Mahkota Seksyen 2 ( )
d. Masjid KUIS.
e. Surau Bukit Mahkota Seksyen 5 ( )

Dalam pada itu, saya meninjau sekolah baru Bandar Sri Putra, melihat sejauh mana perkembangan terkini. Sekolah ini yang akan beroperasi pada bulan 4 menurut jangkaan, akan memindah 600 orang murid yang beralamat di Bandar Sri Putra dan Bukit Mahkota dari SK Bangi.
Guru yang akan bertindak selaku guru Kaunseling di sekolah tersebut, ura-ura saya dengar dari Sarawak. Beliau baru berkahwin dengan cikgu Semenanjung dan akan berpindah ke sini. Namun, apa cerita terpulang kepada pihak PPD.
Sekolah Menengah Sri Putra juga dijangka akan beroperasi pada bulan 6. Kemungkinan besar akan membantu menyelesai masalah sekian murid yang bersekolah di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Yang mana setakat ini menjadi masalah pengankutan yang sangat besar.
Comments