26 Disember 2008. Kota Gelanggi Dua, Jerantut Pahang. Di sini tempat saya bermain dan belajar hidup di Felda buat pertama kali, ketika itu saya berusia 15 tahun. Seronok sebenarnya tinggal di Felda. Masyarakatnya rukun dan aman, saling tolong-menolong. Pergi ke Ladang KOKO naik Highlux pagi-pagi lepas subuh, pulang jam 1.30 tengah hari, bawa bekal nasi, air dan ubat nyamuk. Semua ini mak saudara saya yang bekalkan.

Masjid Kota Gelanggi 2 dan surau Blok C menjadi tempat pertemuan sentiasa. Malam-malam waktu maghrib di surau itu, ramai anak-anak datang mengaji, saya diberi kesempatan untuk memberikan syarahan kisah-kisah Nabi dan orang Soleh pada anak-anak itu, kemudian mengajarkan mereka Al-Quran.
Tapi itu dulu, sebelum saya ke Banda Aceh selama 4 tahun dan menetap di Bangi sebagai pelajar KPLI di Maktab Perguruan Islam tahun 2004.

Hari ini saya kembali lagi.
Kota Gelanggi tetap rinduan di hati. Namun ada kisah yang agak kurang baik berlaku di Felda ini. Sewaktu solat Jumaat, saya dan jamaah yang lain mendengar suara orang dewasa sedang bercakap-cakap di belakang, ketika ini rakaat pertama, solat saya menjadi kacau...fikiran bertanya, anak siapa yang datang ke masjid tetapi masih bercakap-cakap ketika imam sedang memimpin solat.
Masuk rakaat kedua, masih ada lagi suara itu, bukan 2 atau 3 orang, bahkan lebih. Habis salam, saya berpaling ke belakang, SAH, ada 7 lapan orang anak muda yang duduk di belakang masjid (masih dalam masjid), mereka ngobrol dan ketika salam tadi, Mereka bingkas bangun dan turut sama-sama balik dengan jemaah lainnya.

Soal dihati, untuk apa mereka datang ke Masjid? Untuk menipu siapa, keluarga, masyarakat atau TUHAN? Hmmm Kok masih ada yang ...(tuuuuut).... sebegini?

Petang Jumaat, saya ke kuburan, bagi menziarahi arwah nenek saya yang meninggal tahun lalu sekembalinya dari Mekah. Di sinilah...ditengah-tengah hutan, dalam bukit, jauh dari keramaian manusia, jasad nenek saya disemadikan.

Al-Fatihah untuk nenek, dan bacaan Tahlil. Hujan turun renyai-renyai. Semoga Roh nenek yang pergi di usia 80 tahun ini dirahmati ALLAH. Di ampuni segala dosanya.
Comments
1. SELAMAT BERHIJRAH! SEMOGA ALLAH PELIHARA ANTA SEKELUARGA SEPANJANG TAHUN 2009.
2.hmm..bgtu la..lo ni, tmpat lain pun ada lagu tu. dm tu sajo gi msjd, nk 'cover line' tek..
pahtu nk saloh sapo? mok pok dio ko, ckgu skoloh..? berat t/jwb kito syeikh..
:(