Terkejut rasanya hati ini bila menatap akhbar KOSMO! mengenai kes pembuangan bayi yang masih lagi melanda negara walaupun dah banyak kempen dan pemantauan dibuat oleh kerajaan terhadap perkara ini...Hari ini(15 Disember 08),KOSMO! melaporkan bahawa seorang suri rumah terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki baru lahir sedang menghisap ibu jari tangan kanannya dalam mangkuk tandas di sebuah pasar di Kampung Tradisi, Sintok pada hari kelmarin. demikian petikan dalam tranungkite.net.
Sebenarnya saya begitu ngeri pabila 2 tiga hari lepas mendapat foto dibawah ini. Ibunya mati digilis keretapi, ndak tau sebab apa, tapi anaknya tercampak keluar dan masih hidup. Di sini pengirim mengucapkan rasa HEBAT-Nya Tuhan. Maha AgungNya Dia dengan KemahuanNya.


Dan Aku menjadikan bagi Kamu pendengaran, dan mata dan hati, tetapi sedikit sahaja antara kamu yang bersyukur. As-Sajdah
Comments
"sesungguhnya rahmat Allah meliputi sesiapa yg tulus mengabdikan diri kpd-NYA..
nikmat-NYA utk disyukuri, bukan diingkari..
-bayi yg dibuang itu, biarpun tdk diketahui asal usulnya, berhak hidup spt insan lain.
alangkah kejinya 'si pembuang' itu..
-bayi yg ibunya 'pergi selama2' itu, smga mjadi anak yg soleh..
(*tersentuh tatkala mbaca entri anta syeikh..)