Pencegahan Dalam Komuniti Adakah Suatu Realiti
04 Dis 2008.
En.Abd Halim bin Hussin menyampaikan ucaptama mengalu-alukan kedatangan hadirin dan hadirat. Beliau berharap program seumpama ini dapat dijalankan diseluruh
Ceramah Gejala Dadah disampaikan oleh En.Farid, manakala Puan Vijaya membentang 16 Langkah Pencegahan, En.Heffney bin Abd Rahim selaku Presiden Pendamai turut memeriahkan majlis ini dengan syarahan beliau yang menusuk kalbu. Hadirin sempat menitiskan air mata ketika En.Heffney menyampaikan kisah ibu, isteri, dan anak kepada penagih dadah yang terseksa akibat salah seorang dari mereka terlibat menagih dadah bahan terlarang ini.
Menyambung cerita kata beliau, pernah seorang anak penagih dadah apabila ditanya oleh gurunya apa kerja ayah kamu, remaja tersebut terus lari ….. inilah kesiksaan batin yang terpaksa dihadapi oleh ahli keluarga penagih dadah.
Sesi petang di susuli pembentangan hasil perbengkelan oleh hadirin. En.Noorhisham sebelumnya telah menyampaikan satu ceramah bertajuk, “Pencegahan Dalam Komuniti, Kenapa dan Bagaimana”.
Dulu Penagih dan Paderi, Kini Islam
Hadirin berpuas hati dengan menyambut dengan baik seminar ini, seorang peserta berharap ianya dapat dijadikan panduan apabila mereka pulang ke komuniti masing-masing.
Maka Apabila engkau selesai mengerjakan shalat, maka hendaklah engkau berzikir kepada ALLAH, (sama ada) dalam keadaan berdiri, dan duduk dan berbaring.
An-Nisa' : 103
Comments