Bukan Ku Pinta Lahir Begini
Aku lari ke rumah ibu, ibu pula tak menerima, kerana tak cukup wang untuk membesarkan aku, aku lari ke rumah abang dan kakak, mereka pula halau supaya aku ke rumah bapak. Akhirnya aku terpaksa lari membawa diri, dengan segalas beg, aku naik keretapi dari Raub menuju ke Melaka, tapi aku sesat di jalan, ku telah turun di Negeri Sembilan
Seorang India bertanya ku, kemana kamu anak kecil mahu pergi, jawabku yang ketika itu 14 tahun, aku lari dari rumah dan tak mahu balik lagi. India itu tunjukkan aku kedai kawannya, di situlah aku bekerja sehinga beberapa tahun.
Kisah ini membawa kepada aku terjebak dengan penagihan ganja dan akhirnya heroin sehingga aku di tangkap dan masuk ke pusat serenti di Johor. Malang pusat serenti itu, kerana 4 bulan aku lari bersama 3 orang rakan yang lain. Malang pula nasib aku, tertangkap lagi, kini dipenjara di Penor selama setahun, keluar penjara aku kerja car wash, namun dadah tetap aku sukai, kemudian ditangkap lagi, kali ini dihantar ke Pusat Serenti di Kedah, 4 bulan kemudian arahan supaya aku dihantar ke Pusat Serenti ini.
Aku masih belum faham, kenapa harus aku tinggalkan dadah, sedangkan ianya sangat bermakna buatku.
Hayati, dimana silapnya seorang bapa sehingga anak bercelaru dan kini tidak tahu pun apakah kehidupan itu ada atau tidak selepas meninggal kelak???
Demikian coretan sedikit dari pengalaman saya bersama saudara X, kisah ini akan saya sampaikan dalam kuliah terdekat.
Comments
su pon ade masalah keluarga...dr kecil ayah xbela su..tp su tekad nak buktikan su leh berjaya tanpa dia...
alhamdulillah...su berjaya jd seorg guru...adik2 su jd org wpun tanpa kehadiran seorg ayah...
yg penting kita mesti fikir positif @ negatif sebelum sesuatu perkara yg bakal kita buat tu...ye x?