Dalam Perjalanan ini...
Puas dengan lawatan hari ini, tapi hati tidak juga tenteram bila mengingat exam minggu depan. Alahai, habis periksa pula, kena siap-siap untuk ke Ho Chin Min.
Segalanya sudah tertulis dalam diari kita. Namun dalam luh mahfuz, diarinya Tuhan, belum pasti apakah begitu.
Ini kerana manusia hanya bisa merancang, tetapi Tuhan Maha Menentukan bahkan ketentuan Tuhan sudah pun berlaku sejak Azali lagi.
Penagih yang kita hampiri, sememang nya boleh didampingi untuk mereka berhenti, namun peluang untuk relaps sentiasa terbuka luas, dan lebar. Luas seluas lautan dan lebar selebar gaung di Genting Highland.
Kalau hidup tidak bertuhan, masakan Allah akan memberi hidayah sebagai hadiah padamu. Sedang janji Tuhan Syurga dan nikmatNya tak kau endahkan. Hmmm, sesi kaunseling sebaliknya bertukar menjadi sesi bimbingan.
Comments