
Salam, bermula bulan ini dari 28 hb ini hingga 9 April saya berulang-alik ke Pusat Serenti PERSADA, Sungai Besi. Masuk dan keluar macam hari kerja, bahkan kemungkinan hari Sabtu dan Ahad terpaksa berada di sana. Ini berikutan ada sesi yang tidak dapat dijalankan pada hari biasa, dan harus ditunda ke hari berikutnya.
Ada permintaan untuk saya naik mimbar, lama jugak tak berada disitu, tapi terlupa, apabila masuk sesi praktikum, hari Jumaat pun saya masih berada di Sungai Besi, lainlah kalau dapat cuti.
Namun saya berusaha untuk menyiapkan satu teks khutbah Jumaat menyangkut peranan masyarakat sivil dalam memerangi dadah di peringkat kampung. Juga peranan PEMIMPIN Masyarakat, saya sedar selama ini mereka (pemimpin) tak tahu nak buat apa dengan masalah ini.
Bila kami berikan garis panduan tempoh hari kepada sebilangan peserta pemimpin masyarakat dari Ampang Jaya, baru mereka terbuka dan nampak. Ada jalannya, ada peranan mereka dan solusinya.


Comments