Mesyuarat PIBG SK Bangi

Hadirin Pelajar mendapat 5A dan 4A tahun 2008 seramai 44 orang
SK BANGI

SK BANGI. 01 Mac 2009. Mesyuarat hari ini dimulakan dengan pelantikan pengerusi majlis, seperti biasa, ahli mesyuarat yang hadir mengizinkan En.Kamaruzzaman mempengerusi majlis setelah tiada cadangan dan yang sukarela tampil. Pengerusi memperkenal AJK PIBG sesi 2007-2008.

Pembentangan diteruskan minit mesyuarat, dan minit kewangan semasa sekolah. Pembubaran AJK lama. Mesyuarat diteruskan dengan pelantikan AJK baru.

Pelantikan AJK Baru

Menurut ketetapan mesyuarat pagi ini, SK Bangi mendapat YDP baru setelah En.Kamaruzzaman memegang jawatan ini selama 10 tahun. Terima kasih banyak pihak sekolah ucapkan pada Cek Man, yang telah banyak menaikkan nama sekolah, jasa-jasa beliau tidak dapat dihitung dengan wang ringgit. Mungkin ramai tak tahu, pasukan bola sepak sekolah pernah digeruni suatu ketika dulu oleh daerah Hulu Langat hasil kerja keras semua guru-guru, ibu bapa dan AJK PIBG.

Tahun ini SK Bangi mendapat YDP baru, kita mengalu-alukan Tuan Major Baharuddin bin Mohyedin sebagai YDP, semoga SK Bangi terus maju, manakala Timbalan YDP, Puan Jamaliah binti Ibrahim, sementara Ahli Jawatankuasa terdiri dari ibu bapa, Pn.Rahimah, Pn.Norziah, Pn.Marina, En.Azizuddin, En.Zulazman.

Manakala AJK dari golongan guru pula terdiri dari Pn Nora, AJK guru, Pn.Nurfarizan Mahmud, Ust. Mohd Suzrie, En.Mohd Firdaus Supian, Pn. Nur Rasyidah Khairunnisa Ranjeeta. Adapun pemeriksa kira-kira ialah Ustaz Mokhtar bin Hussain.

Dalam sesi pembentangan usul, beberapa usul yang dibahaskan ialah

2.1 Tempat menunggu bas dan van

2.2 Harga makanan di kantin dan kualiti

2.3 Minta baiki tandas

2.4 Soalan UPSR dwibahasa

2.5 Kes Gensterisme

2.6 Kedai buku jual mainan

2.7 Status LCD, projektor.

2.8 Kelas tambahan minta di awalkan

2.9 Isu beg berat

2.10 Website sekolah

2.11 Waktu solat Jumaat minta di lewatkan masuk ke 2.30 petang

2.12 Jual makanan di luar

Lain-lain Hal

SK Bangi telah mengusulkan supaya SK Bangi menjadi satu sesi sahaja ketika perpindahan berlaku nanti

Saya (Noorhisham Hamzah) selaku Super Administrator, tidak menjanjikan, tetapi insyaAllah, akan sentiasa memberikan maklumat secepat mungkin pada tuan-tuan dan puan-puan. Saya juga akan melantik beberapa orang guru sebagai admin yang akan mengisi berita dan program semasa sekolahYDP Baru sebelah kiri bersama YDP lama

Comments

Anonymous said…
Salam. Moga kami warga ibubapa akan sentiasa mendapat cerita terbaru tentang sekolah di sini. Kerjasama cikgu didahului dengan ribuan terima kasih. Majulah SKBangi...
Noorhisham said…
terima kasih atas kesudian melayari blog ini...insya Allah akan di usahakan untuk menceriakan web sekolah.

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre