Sikap Manusia Di tentu Oleh Kepercayaannya

Saya masih terfikir, bagaimana seorang penagih boleh beralih dari merindukan heroin dan jarum suntikan kepada rindunya kedamaian dan mempunyai kekuatan jiwa yang mantap dan tak mudah goyah. Rata-rata penagih mengatakan mereka tak kuat berdepan dengan kehidupan sebenar di luar pusat serenti, terlebih lagi apabila berjumpa kawan-kawan dan terserempat dengan port lama. Lantaran itu mereka kalau boleh tidak mahu balik dan tidak mahu keluar dari pusat serenti, walaupun kehidupan di pusat juga menyiksakan batin mereka.



Perlunya saya melihat dan meninjau aspek pengisian terapi yang diberikan kepada mereka. Kalau merujuk jornal minggu lepas, seorang penagih mengakui sistem terapi Tufh and Rugged tidak berjaya memisahkan manusia yang bernama penagih dari dadah, hari ini mereka keluar, hari ini juga mereka mencari dadah.



Apakah kita tidak mempunyai sistem yang lain dari yang sedang diguna pakai kini? Saya pernah membaca kejayaan pusat pemulihan Inabah di Indonesia, hasil penelitian yang dijalankan oleh Dr.Su’dan, mengatakan presen kejayaan yang sembuh di Inabah sangat tinggi. Bahkan mampu mengubah penagih dari ketagih heroin kepada ketagih zikir. Sebab itu katanya, ramai penagih dari luar Indonesia seperti Malaysia, Brunei, Thailand dan Singapore yang datang untuk menerima pemulihan disini. Inabah mengguna pakai teknik Dzikir, dimana menerapkan tanggungjawab sebagai manusia terhadap ALLAH dan masyarakat.



Dari kajian kami di SPADA, mendapati dan mengakui secara umum, bahawa punca penagihan adalah lantaran kurangnya ilmu pengetahuan agama dikalangan penagih. Tidak tahu dosa dan pahala itu ada. Kurang percaya tentang adanya hari kebangkitan dan azab.



Sementara saya sendiri, dalam pengalaman berkaunseling dengan penagih muda, bertanya dalam sesi tersebut, apakah kamu percaya pada kehidupan selepas mati ? Dia kebingunan dan tidak mempunyai jawapan yang pasti. Saya pasti dia masih meragui tentang kehidupan itu.

Berangkat dari kepercayaan tersebut, teringat pada kata-kata seorang ilmuan, sikap manusia itu dipengaruhi oleh apa yang dia yakini. Pada saya, benarlah ungkapan ini, dan semestinya pusat serenti di Malaysia tidak terlepas sepatutnya dari nilai-nilai ini. Dimana mengubah kepercayaan dan keyakinan manusia itu mesti ada, dan dalam jumlah yang agak besar, bukan setakat asal ada, dan penggiatnya mestilah dari orang-orang yang bukan sebarangan. Menyampaikan ilmu agama di surau dan masjid bukan sekadar mengharap gaji bulanan, tetapi berminat untuk mengubah diri penagih supaya kembali kepada ajaran Tuhan, hidup dalam dunia yang sebenar, bukan mimpi tetapi realiti

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre