Dadah Menambah Selera Makan

Sementara itu, jika dikelaskan semua jenis dadah2 tersebut, ada 5 kelompok besar. 1. Opiat 2. Kanabis 3. Depresen 4. Stimulan 5. Halusinagen dan ada yang terbaru yang ke-6. Designer Drug.
Penagih yang kurus pula, mereka mengkonsumsi heroin. Penagih heroin akan merubah segala-galanya, dari gemuk menjadi kurus, panas baran, kurang selera makan, cara bercakap menjadi lambat dan cara bertindak juga lambat.Pernah jumpa kat Chow Kit atau Puduraya tak?
Adapun yang paling merbahaya di antara yang berbahaya ialah dadah terkini Disigner Drug. Dadah buatan manusia dengan campuran bahan kimia tertentu. Tujuannya untuk mendapat keuntungan yang lebih. (Bayangkan 1kg heroin adalah RM50.000). Antaranya ialah SYABU, pernah dengarkan? Syabu membawa kesan langsung ke otak. Ramai yang dah gila kerana syabu, memory dalam hard disk dalam kepala, semua terdelete. Lupa segala-galanya.

Justeru, kepada semua masyarakat, baik pemimpin masyarakat, jauhilah dadah, jauhi lah rasuah, kenapa kes penagihan tidak berkurang di Malaysia, salah satu sebab terbesar ialah rasuah. Saya duduk di pusat serenti, tau sangat hubungan kes dadah dan rasuah. Pada pihak keselamatan dalam negara, yang tidak takutkan ALLAH, ingatlah, wang RM800.00 yang anda dapat itu (setiap kali melepas kes suspek yang positif dadah dalam urin) memang sangat banyak, saya tahu anda gembira dengan wang itu, banyak benda boleh beli, tetapi ingatlah.....betapa hancurnya masyarakat kita kerana anda. Jauhi lah rasuah. Wang itu akan membakar anda di dalam neraka kelak.

Pada keluarga yang ditimpa masalah anak menjadi penagih, bersabarlah, inilah ujian ALLAH, Allah berfirman Sesungguhnya anak-anak kamu adalah FITNAH bagi mu.FITNAH dalam bahasa agama membawa maksud cobaan.
Sementara kepada anak-anak, ingatlah anda telah menconteng arang ke muka keluarga dengan perbuatan anda itu. Betapa malu dan tidka tentu arahnya, ibu anda lantaran sikap anda.
Tadi pagi saya menghubungi seorang ibu 60 tahun, yang anaknya terlibat kes dadah, mak cik pergi horpital jumpa doktor, doktor kata mak cik tak sakit apa-apa. Mak cik memang sakit .... Ya mak cik sakit lantaran mengingatkan anaknya yang tidak menjadi manusia seperti anak yang lain. Sabarlah makcik, saya sangat memahami, dikala suami sudah tiada disisi, anak pula menjadi begini, aduh.....hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan mak cik.
Comments
thanx dah bagi blok ustaz pd saya.
bagi keluarga penagih dadah memang saya akui banyak dugaan yang mereka tempuhi tapi ingatlah masih ada "sinar harapan" jika kita bersabar dan berusaha. dimalaysia sekarang telah ada ubat untuk mencegah penagihan dadah(terutana heroin dan morpine)yaitu sirap methadone,pil subuxon dan pil buprenorphine sebagai gantian untuk ketagihan dadah.pengalaman saya selama 3 tahun menggunakan ubat ini menunujukkan peningkatan pemulihan yang sangat baik..........namun mestilah penagih tersebut mempunyai semangat yang kuat untuk baik+pulih.kaunselling memainkan peranan yang sangat penting untuk sesorang itu pulih.untuk ketagihan seperti ice(shabu) dan ketamin mereka digalakkan untuk masuk ke pusat pemulihan untuk nyahtoksid(detox) yang lebih berkesan.
namun ubat2 gantian tidak akan berfungsi dengan berkesan jika penagih tidak memepunyai keimana dan keyakinan untuk pulih yang kuat
setelah penagih pulih diharapkan penagih lebih mendekatkan diri kepada ALLAH kerana pemilihan dengan ubat+kounselling+keimanan pada ALLAH
menunjukkan hasil yang sangat positif