Di Mana Kita
PERSADA. 04 MAC 2009. Di Mana Kita ? Begitulah tajuk Seminar yang diberikan pada saya hari ini. Ada juga yang tertidur setelah 20 minit, kepenatan nampaknya, di campur duduk bawah kipas. Ah..biarlah, mereka penat berbulan-bulan menjalani TC, penat otak rindukan keluarga dan kehidupan normal.
3 perkara dalam tubuh kita yang perlu di isi. Pertama ialah perut, isilah dengan makanan dan minuman, tuhan sudah sediakan terlalu banyak makanan yang boleh dimakan, yang baik lagi halal. Yang haram sikit sahaja, ada mudarat lagi, jauhilah. Firman Tuhan...kuluuu wasy rabuu mir rizkil Lah, makanlah dan minumlah dari rezki pemberian ALLAH. Tak ada disitu (ayat) makanlah, minumlah dan hisaplah. Gara-gara perutlah manusia bergaduh dan berlakunya perang. Sebab perutlah dunia boleh goncang.
Yang kedua ialah otak, otak juga perlu di isi, maka isilah otak dengan ilmu, belajarlah sampai master dan Phd. Tak ada salahnya. Otak makanannya ilmu.
Yang ketiga ialah hati, hati juga kosong, ilmu ada, perut kenyang, tapi hati kosong pun tak boleh. Isilah hati dengan zikrillah. Makanan hati ialah zikir pada Allah. Hati yang kosong akan di isi oleh syaitan.
Comments