Memperkecil Kotak Masalah

La Tahzan, Begitu sebuah buku, Janganlah Bersedih, menjadi Judul sebuah buku. Tika akhir zaman ini menjelang, ketika anda dan saya di ambang sore hari kiamat, ketika detik ajal kita makin dekat dan dekat, ketika inilah masalah semakin banyak. Tidak ada dosa orang zaman-zaman dahulu yang tidak dikerjakan oleh manusia akhir zaman ini. Semua dosa dari les****, homo****, bunuh, zina, fitnah, dengki, khianat dan semuanya, terkumulasi di zaman ambang kiamat ini. Tidak pernah hidup ini senang dengan sebenar senang, Wa mal hayatad dunya illa mata ul ghurur, (HAdid : 20) dan tiadalah kesenangan dunia ini, kecuali suatu yang menipu. Mungkin anda pernah tengok, wayang kulit, pelbagai watak dan lakonan kita saksikan, ada yang jadi raja, hamba, pembantu, puteri dan jin. Masing-masing melakonkan watak mereka, namun apabila cerita itu tamat, semua wayang kulit tadi disimpan dalam satu kotak kayu. Tidaklah di asingkan antara raja dan hamba, begitulah perumpamaan manusia yang hidup atas dunia ini. Sesekali, mari kita perbaharui pertanyaan, untuk apa aku di sini....?????

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre